Peminat bola sepak tempatan tentu tahu tentang kejayaan skuad Harimau Malaya yang menundukkan Indonesia 3-2 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 tempoh hari. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah tangisan oleh Adik Omar yang juga merupakan anak kepada aktres Nadiya Nisaa apabila Muhamaduo Sumareh berjaya menjaringkan gol pada saat akhir. Bukan sahaja sebak tatkala Sumareh menjaringkan gol, tetapi anak cilik itu terlihat begitu meminati player kebangsaan itu.Â
BACA: Saya Sayang Toilet Kita Gadis Terharu Budak Darjah 3 Hargai Pekerjaan Mak
Disebabkan perkara itu tular di Twitter, pihak FAM telah berjanji untuk memberikan Omar tiket secara percuma untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada selasa depan.Â
JIWA @twt_bola @RimauXI pic.twitter.com/Rs1A6vt5Y8
— Jazzmyn Fahrezzi (@mr_jekfer) September 6, 2019
Dapat jumpa Sumareh
Tambah menggembirakan lagi, baru-baru ini Omar diberikan kejutan oleh pihak FAM dan team radio, Pagi Di Suria untuk berjumpa dengan beberapa pemain Malaysia termasuk Sumareh yang diminatinya selama ini.Â
Terkejut nampak Sumareh
Dalam video yang dikongsikan di Instagram, pemain kelahiran Gambia itu telah datang secara senyap kepada kanak-kanak tersebut. Kehadirannya tidak disangka-sangka sehinggakan Omar kelihatan terkejut dan tergamam apabila melihat kemunculan pemain itu di depan mata.Â
https://www.instagram.com/p/B2I8sEOgGOm
Dalam pada itu, Omar juga sempat berjumpa dengan penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias. Biarpun anak kepada aktres ini masih kecil, tetapi sokongan padu anak cilik ini terhadap Pasukan Harimau Malaya dianggap sesuatu yang istimewa. Benarlah, sukan telah menyatukan kita semua.Â
Muka dia tahan nangis
Tak sia-sia nangis tengok bola haritu