Kalau bercakap tentang menantu vs mentua, konflik tersebut memang sentiasa menjadi topik hangat untuk diperkatakan. Mana tidaknya, bukan sekali dua kita mendengar tentang keluhan para menantu khususnya perempuan yang kesal selepas menerima layanan buruk daripada mak mentua mereka. Sebab itulah wanita yang dikurniakan mak mentua baik harus lebih bersyukur memandangkan tidak semua orang dapat merasai nikmat berkenaan.
BACA : Dapat Mak Mentua Yang Baik Pun Satu Rezeki, Bukan Semua Orang Dapat Rasa
Anak lelakimu juga punyai kekurangan
Namun dalam sudut lain, sebenarnya suami juga turut terperangkap sama dalam kemelut berkenaan. Hendak dimenangkan isteri, takut pula digelar ‘anak derhaka’. Hendak menangkan ibu kandung sendiri, risau pula perasaan isteri sedih. Oleh yang demikian, seorang pemilik Facebook bernama Zara Soffia sempat berkongsikan pendapatnya secara terperinci berkenaan dilema berkenaan. Baginya sendiri, seorang ibu mentua tidak seharusnya terlalu ikut campur dalam urusan rumah tangga atau terlalu menghukum menantu perempuan dalam segala masalah.
Engkaulah punca kenapa menantu jadi derhaka
Tegas Zara lagi, ibu mentua seharusnya lebih memahami kedudukan menantu dalam sesebuah rumah tangga memandangkan pernah berada dalam situasi sama. Sudah pasti golongan menantu juga layak menerima hormat seperti mana yang dituntut oleh mentuanya. Walaupun istilah ‘mentua derhaka’ memang tidak pernah wujud, namun itu tidak wajar dijadikan tiket mudah untuk menganiaya menantu anda. Di akhir perkongsian, wanita ini berpesan agar mentua dapat memberikan layanan baik kepada menantu masing-masing.
Sumber : Facebook Zarra Sofia