Beberapa hari lalu, netizen seperti menjadi tidak keruan selepas beberapa syarikat penerbangan nekad menjual tiket ke Korea dan Jepun dengan harga murah. Meskipun sudah sedia maklum bahawa wabak koronavirus di sana berada pada tahap membimbangkan, ada yang seolah-olah mementingkan diri demi memenuhi nafsu melancong. Sebenarnya, sudah banyak lokasi tumpuan pelancong yang terpaksa ditutup atas langkah berjaga-jaga. Jadi, adakah anda rasa berbaloi untuk pergi melancong sekarang?
BACA :Â Tiket Flight Ke Korea Dijual Murah, Berbaloi Ke Travel Pada Musim Koronavirus?
Balik masih sihat, sehari lepas tu terus demam
Sekiranya ada yang masih berdegil mengenai larangan melancong ke sana, mungkin berita mengenai seorang wanita ini boleh dijadikan rujukan buat anda. Melalui Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikongsikan baru-baru ini, wanita berkenaan dikatakan baru sahaja pulang dari Tokyo, Jepun. Meskipun kesihatannya dilaporkan baik-baik sahaja, namun individu berusia 53 tahun itu kini berdepan gejala demam selepas sehari kembali ke tanah air.
Orang awam mohon tangguh penerbangan
Melalui perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan iaitu YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah juga, beliau mendedahkan bahawa Malaysia sebenarnya hampir bebas daripada wabak berkenaan selepas semua penghidap berjaya sembuh sepenuhnya. Namun apabila wanita yang baru pulang dari Jepun itu sah dijangkiti, negara telah merekodkan case ke-23 setakat ini. Susulan rekod baru tersebut, sidang akhbar KKM menegaskan agar orang ramai lebih peka menjaga kebersihan selain menangguhkan penerbangan ke negara seperti Jepun, Iran, Korea dan Itali.
Sumber : Twitter Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, KKM, Facebook KKM,