Antara masalah yang sering melanda golongan anak muda pada masa kini adalah apabila sering ditanyakan tentang jodoh atau bila mahu berkahwin. Tidak dinafikan bahawa ramai yang tertekan dengan soalan-soalan ‘puaka’ ini, kerana ada yang mahu fokus terhadap kerjaya ataupun takut berkahwin dengan lelaki yang tidak sesuai. Namun seorang gadis berusia 24 tahun ini telah mengambil langkah berani untuk mempromosikan dirinya demi mencari jodoh di laman media sosial.
BACA:Â “Mungkin Belum Jodoh..” – Akui Putus Cinta, Intan Najuwa Positif ‘Move On’
Aku memerluk4n boyfriend…Mak dah bising sebab 5 tahun single
Aku ni bambam & masih dalam proses mengurus…
Berikutan tularnya iklan tentang pencari jodoh tersebut, Shazzrina Mohamad Ali menerangkan sebab-sebab mengapa dia begitu yakin untuk mencuba nasib di platform media sosial itu demi mencari bakal suaminya.
Sebelum ni pernah cuba Tinder…tapi ramai lelaki tak senonoh
Rimas makcik tanya bila nak kahwin…sebab kakak semua dah kahwin
Pun begitu, Shazz tetap mempunyai citarasa tersendiri terhadap lelaki yang bakal menjaganya seumur hidup nanti. Selain itu, dia turut berkongsi ciri-ciri menantu yang dimahukan oleh ibunya.
Bagi saya solat 5 waktu paling utama…tinggi dari saya & kulit sawo matang
Saya juga nak lelaki yang berani…Mak pula nak menantu yang tak mer0k0k
Kena ada sesi perkenalan dulu…kenal hati budi masing-masing
Selepas beberapa hari dan tweet itu meraih hampir 2 ribu ulang kicau, Shazz telah mendapat banyak maklum balas yang positif daripada pengguna laman media sosial tersebut.
Saya tersenyum…rupanya ramai lagi lelaki yang single
Sumber: Twitter shazzrinaali & mStar