Cinta & Perhubungan

Mak Ayah Jangan Culas Soal Nafkah, Walaupun Berpisah Anak Tetap Amanah

Mak Ayah Jangan Culas Soal Nafkah, Walaupun Berpisah Anak Tetap Amanah
Rasaflix

Sharing is caring!

Walaupun sesebuah perkahwinan sudah terlerai, namun itu bukan alasan ibu bapa melupakan tugas masing-masing. Selain hubungan jadi huru-hara, sikap pentingkan diri wajar dielakkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan anak-anak. Baru-baru ini personaliti media, Farah Lee terpanggil untuk mengulas isu berkenaan.

BACA: Awal-Awal Suruh Jadi Mak Angkat, Bila Dah Sayang Ibu Kandung Tuntut Semula Anak

Mak Ayah Jangan Culas Soal Nafkah, Walaupun Berpisah Anak Tetap Amanah

Ibu bapa jangan ambil ringan soal nafkah anak…walaupun dah berpisah tanggungjawab perlu ditunaikan

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, ibu tunggal ini berpendapat masih ada ibu bapa yang mengambil ringan soal tanggungjawab anak-anak. Walaupun sudah berpisah, kebajikan mereka wajib dipenuhi misalnya soal nafkah dan pendidikan. Selaku amanah daripada Tuhan, tegasnya rezeki anak ada dalam setiap rezeki kedua-dua orang tuanya. Bekas suami khususnya, janganlah kedekut sekiranya anak sudah dijaga oleh isteri maka hulurkanlah belanja walaupun sedikit.

Tak sebumbung pun culas, masih bersama pun ada juga yang berkira…berhenti jadi selfish & jangan pandang remeh soal nafkah

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen bersetuju dengan posting Farah. Sambil mereka berkongsi pengalaman hidup, masih ada yang menghayat hati di mana ada anak yang tidak kenal dengan ayahnya sejak lahir. Justeru, mereka berharap isu penting ini tidak dipandang remeh  malah berusahalah untuk menjadi ibu bapa yang sempurna buat anak-anak.


Mak Ayah Jangan Culas Soal Nafkah, Walaupun Berpisah Anak Tetap Amanah

Mak Ayah Jangan Culas Soal Nafkah, Walaupun Berpisah Anak Tetap Amanah

Mak Ayah Jangan Culas Soal Nafkah, Walaupun Berpisah Anak Tetap Amanah

Mak Ayah Jangan Culas Soal Nafkah, Walaupun Berpisah Anak Tetap Amanah

Sumber: Instagram Farah Lee

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Mak Ayah Jangan Culas Soal Nafkah, Walaupun Berpisah Anak Tetap Amanah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram