Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

“Macam Mana Nak Bincang? You Yang Block I Dah Setahun, Syamsul” – Puteri Sarah

6th January 2023
in Artis, Berita Semasa, Keluarga, Viral
“Macam Mana Nak Bincang? You Yang Block I Dah Setahun, Syamsul” – Puteri Sarah
2.7k
SHARES
15.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Dituduh membawa anak-anak ke hulur-hilir tanpa izin suami, Puteri Sarah Liyana tampil memperjelaskan dan menepis dakwaan yang dibuat Syamsul Yusof. Menerusi rakaman video di Instagram miliknya, Puteri Sarah Liyana menjawab dengan tenang mengenai segala tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

BACA : Pernikahan Syamsul Tanpa Pengetahuan Saya – Datuk Yusof Haslam

Pertama sekali, Puteri Sarah mengucapkan tahniah kepada suaminya atas pernikahan tersebut namun hairan tindakan Syamsul menafikan perkara itu dan ingin menyaman pihak JAWI konon memfitnahnya. Selama 4 tahun kemelut rumah tangganya, Syamsul Yusof tidak pernah ingin menyelesaikan isu itu malah apabila ditanya sama ada ingin berkahwin atau tak dengan Ira, dia menidakkan di hadapan keluarga.

https://www.instagram.com/reel/CnEvDpUB9tY/?igshid=NDk5N2NlZjQ%3D

“I banyak kali tanya you nak kahwin dengan dia ke tak? You yang kata takkan berkahwin dengan dia. Depan ‘family’ pun you cakap tak nak.”

Puteri Sarah Liyana telah pun memberi keizinan untuk berkahwin kerana tidak mahu bersubahat dengan maksiat yang dibuat. Seterusnya, menjawab kenyataan suaminya untuk berbincang, Puteri Sarah Liyana sendiri menunjukkan bukti paparan ‘Whatsapp’ Syamsul yang telah menyekatnya dari dihubungi.

“Macam Mana Nak Bincang? You Yang Block I Dah Setahun, Syamsul” – Puteri Sarah

“Macam mana I nak berbincang dengan you? You yang block I dah setahun, Muhammad Syamsul. Sampai sekarang 7.30 malam ni pun, you masih block I.” kata Puteri Sarah Liyana.

Puteri Sarah juga menyambung bahawa dia tinggal bersama ibu bapa Syamsul kerana dia memerlukan orang untuk bersama membesarkan anak-anaknya. Dia menegaskan yang Syamsul meninggalkan mereka dan membiarkannya terkontang-kanting sendirian. Dia juga terpaksa menipu Syaikhul dan Sumayyah apabila ditanya mengenai keberadaan ayah mereka.

“Macam Mana Nak Bincang? You Yang Block I Dah Setahun, Syamsul” – Puteri Sarah

Berkenaan dakwaan Syamsul yang dia membawa lari anak-anak tanpa izin suami, Puteri Sarah menceritakan bahawa Syamsul pernah pulang ke rumah berjumpanya dan anak-anak tetapi memintanya untuk merahsiakan perkara tersebut.

“Rupanya you takut dengan pihak sebelah sana tahu you balik jumpa I”

“Macam Mana Nak Bincang? You Yang Block I Dah Setahun, Syamsul” – Puteri SarahPuteri Sarah Liyana juga mengesahkan sewaktu dia keluar dari rumah pada tahun 2020, Syamsul dan ibu bapanya berada di tempat kejadian selain suaminya itu tidak menghalang kepergiannya sama sekali. Malah, jika ingin berunding untuk menyelesaikan perkara ini, Syamsul tahu keberadaan isterinya tapi tiada konfrontasi yang dilakukannya. Puteri Sarah berharap suaminya berhenti menjadi munafik dan menyalahkannya sedangkan Syamsul menyedari provokasi Ira Kaza selama ini terhadap mereka sekeluarga termasuk ibu Syamsul.

Sumber : Instagram Puteri Sarah Liyana

Tags: anakira kazakazar saisimaksiatnikahputeri sarah liyanasyamsul yusofviralyusof haslam
Next Post
“Macam Mana Nak Bincang? You Yang Block I Dah Setahun, Syamsul” – Puteri Sarah

Tular Budak 'Spray' B*bi Di Kereta, Kini Diburu Polis

Sarung Bawal Instant Selesa & Bergaya
Pembersih Vakum Tanpa Wayar, Ringkas & Berkuasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)