Utama Gaya Hidup "Lost Contact Dengan Kawan" - Ini Antara 6 Sebab Wanita Bimbang Jadi...

“Lost Contact Dengan Kawan” – Ini Antara 6 Sebab Wanita Bimbang Jadi Housewife

Bila berbicara tentang suri rumah, semua orang pasti menganggap pekerjaannya sekadar menjaga anak, memasak dan melayani suami. Nampak mudah tetapi sebenarnya ramai yang tidak tahu apa yang dihadapi oleh para isteri yang bergelar suri rumah ini. Benar, mereka mungkin nampak selesa duduk di rumah kerana pada masa yang sama dapat mengikuti perkembangan suami dan anak-anak. Bagaimanapun, apakah konflik dalaman yang mereka hadapi?

BACA: Bertemu Jodoh Di Majlis Orang, Jurufoto Dedah Isteri Yang Mula Tackle Dulu

Di sini, housewife itu tidak akan lari daripada perasaan sunyi dan bosan apalagi ketika berseorangan di rumah sambil menunggu suami pulang dari tempat kerja. Terdapat enam sebab yang membuatkan suri rumah berasa sunyi di rumah.




1. Letih & kurang dihargai

Sesiapa yang pernah mengurus anak seorang diri akan faham perasaan ini. Setiap masa si isteri perlu berjaga-jaga dan memastikan keadaan rumah dan anak-anak adalah baik. Kadang-kadang nak tidur atau menghiburkan diri sendiri pun tak sempat.

Gambar sekadar hiasan

2. Tak dapat bersiar-siar

Antara nikmat lain yang hilang apabila menjadi suri rumah adalah keseronokan pergi bersiar-siar. Mana tidaknya, hari bekerja si isteri perlu menjaga anak-anak di rumah manakala hari minggu pula mungkin giliran suami pula berehat. Kalau boleh keluar pun, terpaksalah mengangkut si kecil itu sekali. 

3. Gemuruh nak lihat dunia luar

Dah kalau 24 jam duduk mengasuh anak di rumah sahaja, tentu mereka sedikit ketinggalan tentang banyak perkara best di luar. Lebih teruk lagi, jika si ibu itu mempunyai degree. Mereka tentu bimbang disindir oleh rakan-rakan kerana tidak bekerja. 




4. Rindu dekat anak

Inilah dilema yang biasa dihadapi oleh para suri rumah di luar sana. Kadang-kadang, isteri memang ada keinginan untuk berseronok seperti menonton wayang, window shopping atau berbual panjang lebar di cafe ‘hipster‘ tetapi bagaimana dengan anak di rumah? Ini membuatkan mereka tidak sanggup untuk berpisah lama-lama dengan anak. 

Gambar sekadar hiasan

5. Lost contact dengan kawan

Sebelum ini, isteri mempunyai ramai kenalan. Namun, tidak mustahil jika sudah bergelar suri rumah nanti bilangan rakan-rakan semakin berkurangan sehingga ada yang lost contact. Hal ini kerana bukan mudah untuk menyesuaikan diri antara komitmen keluarga dan rakan-rakan. 




6. Anak & suamilah dunia mereka

Bila dah mula menjadi suri rumah ini, wanita sendiri akan berasa rela hati untuk bagi sepenuh komitmen mereka pada suami dan anak-anak. Itulah hakikat dan perubahan yang perlu mereka terima, no turning back! Namun, suamilah sebenarnya berperanan untuk menjadikan suasana di rumah lebih ceria. 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Sirap Limau




Artikel Popular