Sejak kebelakangan ini, banyak cerita tentang penghijrahan saudara-saudara baharu termasuklah para artis menghiasi laman media sosial. Begitu banyak kisah yang dikongsikan sehingga membuatkan hati lebih ramai orang terjentik untuk memeluk agama Islam. Itulah yang terjadi kepada ibu kepada Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) iaitu Firdaus Wong Wai Hung kerana selepas dia mengambil keputusan untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.
BACA : “Senang Solat On Time..” – Gadis Jepun Ini Pilih Menetap Di Malaysia Demi IsIam
Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini giliran ibu tercinta pula..
Perkara itu dikongsikan oleh saudara Firdaus sendiri menerusi laman Facebook miliknya. Menurut kapsyen, dia berdebar kerana orang yang mahu mengucapkan 2 kalimah tersebut adalah ibunya sendiri. Namun begitu, dia meluahkan rasa syukur dan tidak dapat menahan air mata lalu memeluk wanita itu sebagai tanda gembira.
Harap selepas ni ahli keluarga lain dikurniakan hidayah
Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada orang-orang yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan mereka anak beranak. Malah dia juga berharap agar ahli keluarganya yang lain turut dikurniakan hidayah oleh Allah SWT untuk berhijrah kelak.
Allahuakhbar..syukur alhamdulillah kerana ibu diberi hidayah
Perkongsiannya itu jelas sekali telah meraih perhatian ramai apabila rata-rata netizen terkesan lalu membanjiri ruang komen di FB miliknya. Mereka turut mendoakan supaya ahli keluarganya yang lain akan dibukakan hati untuk kembali kepada fitrah.
Sumber : FB Firdaus Wong