Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Lelaki Gila Talak, Dah 8 Tahun Pisah Kantoi Masih Serumah Dengan Bekas Isteri

27th January 2023
in Berita Semasa, Cinta & Perhubungan, Viral
Lelaki Gila Talak, Dah 8 Tahun Pisah Kantoi Masih Serumah Dengan Bekas Isteri
917
SHARES
5.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Meskipun ada sesetengah individu sudah berpisah dengan pasangan, namun kadangkala mereka tidak boleh move on dengan hubungan lama. Bahkan segelintir daripadanya sanggup buat apa sahaja asalkan dapat bersua muka sehinggakan tidak sedar hal tersebut salah di sisi undang-undang atau agama.

BACA: Sanggup Rampas Suami Orang, Pelajar Mata Duitan Nekad Goda Pensyarah Sendiri

Masih duduk satu rumah walaupun tiada hubungan yang sah

Memetik portal Malaysia Gazette, sepasang bekas suami isteri telah dicekup gara-gara kantoi tinggal serumah meskipun sudah berpisah sekitar 8 tahun lalu. Walaupun sudah tiada sebarang hubungan sah, namun mereka akui terus tinggal bersama tanpa merujuk semula selepas dilafaz talak. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar Limbongan Melaka awal pagi tadi.

Lelaki Gila Talak, Dah 8 Tahun Pisah Kantoi Masih Serumah Dengan Bekas Isteri
Gambar Sekadar Hiasan

Pihak JAIM buat serbuan sejurus menerima aduan daripada orang awam

Jelas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), serbuan yang dilakukan pada jam 1 pagi itu dibuat selepas menerima aduan awam berhubung isu tersebut. Difahamkan, anak-anak mereka yang berusia 14 dan 17 tahun turut duduk di rumah yang sama dengan pasangan suami isteri berkenaan.

Lelaki Gila Talak, Dah 8 Tahun Pisah Kantoi Masih Serumah Dengan Bekas Isteri

Pasangan tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut

Sehubungan itu, kontraktor dan juga peniaga makanan tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan kerana bersekedudukan. Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua individu tersebut boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Selain itu, pihak JAIM juga amat menghargai orang awam yang sudi berkongsi maklumat bagi banteras aktiviti tidak bermoral itu.

Lelaki Gila Talak, Dah 8 Tahun Pisah Kantoi Masih Serumah Dengan Bekas Isteri
Gambar Sekadar Hiasan

Kredit: Portal Malaysia Gazette

 

Tags: berpisahbersekedudukanisterirumahsuami
Next Post
Lelaki Gila Talak, Dah 8 Tahun Pisah Kantoi Masih Serumah Dengan Bekas Isteri

Sembang Bisnes Untung Berjuta, Cik Pia Dedah Kereta Tak Pernah Diservis Suami

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)