Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Lebih Selesa Memilih Suami Orang, Wanita Anggap Isteri Pertama Sebagai Perampas

16th February 2023
in Cinta & Perhubungan, Keluarga, Viral
Lebih Selesa Memilih Suami Orang, Wanita Anggap Isteri Pertama Sebagai Perampas
986
SHARES
5.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak kontroversi rumah tangga diganggu oleh orang ketiga, isu poligami dilihat semakin hangat diperkatakan oleh semua pihak. Masing-masing lantang memberi pendapat serta pandangan bagi mengulas lanjut berikutan perkara tersebut. Bukan itu sahaja, bahkan beberapa rancangan TV juga lebih memilih topik ini untuk dibincangkan bersama ahli panel yang lain.

BACA: Isu Poligami, Suami Aleeya Ulas Jika Tambah 2 3 Bini, Lintang Pukang Hidup

Anggap isteri pertama perampas kebahagiaan para madu yang lain

Menerusi Wacana Sinar, Naib Presiden Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia iaitu Haryani Ithnen telah diundang dalam satu program bual bicara berhubung isu suami bernikah lebih daripada satu. Akui pernah bergelar isteri keempat, wanita tersebut berpendapat bahawa suri hati yang pertama adalah seorang perampas kerana telah mencuri kebahagiaan madu-madu lain dan bersikap pentingkan diri.

Lebih Selesa Memilih Suami Orang, Wanita Anggap Isteri Pertama Sebagai Perampas

Suami orang lebih istimewa kerna lebih berilmu dan memahami

Ketika ditanya oleh pengacara perihal pilihan suami orang sebagai teman hidup, Haryani jelaskan bahawa mereka lebih berilmu serta memahami kehidupan berumah tangga. Bukan tidak mahu mencari yang berstatus bujang, namun baginya rata-rata golongan ini kurang bijak untuk mendekati wanita.

@sinarharianonline

‘Istimewanya suami orang…’ #WacanaSinar #SinarUntukMalaysia #SinarHarian

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Itu semua atas pilihan masing-masing…Diri kita yang pilih untuk tersepit di tempat tu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaikan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan oleh wanita tersebut. Mereka beranggapan bahawa situasi dilalui oleh setiap wanita yang hidup bermadu adalah berbeza dan tidak boleh sesuka hati buat andaian sendiri.

Lebih Selesa Memilih Suami Orang, Wanita Anggap Isteri Pertama Sebagai Perampas

Kredit: TikTok sinarharianonline

Tags: isteri pertamamadupoligamirumah tanggasuami orang
Next Post
Lebih Selesa Memilih Suami Orang, Wanita Anggap Isteri Pertama Sebagai Perampas

Layan Anak Bibik Macam Anak Sendiri, Netizen Puji Sikap Emma Tak Pilih Bulu

Selendang Georgette Chiffon Elegan & Ringan
Smartphone Terbaik dengan Kamera 50MP & Prestasi Pantas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)