Dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelbagai cerita menarik telah dikongsi warganet ketika mereka duduk di rumah. Sama seperti usahawan online ini yang masih tidak menyangka ada ‘rezeki’ mengejut datang ke rumahnya.
BACA:Â Lemang Periuk Kera Online Laku Musim PKP, Tak Sangka Rupanya Jamban Kelawar
Bukti patuh arahan PKP…dalam kasut pun ada sarang
Baru-baru ini, pengguna Twitter bernama @Mdaeemai telah berkongsi gambar dua biji telur burung di dalam kasutnya. Menurut lelaki tersebut, kejadian burung membuat sarang itu mula disedari sejak 30 April yang lalu. Namun pada waktu itu, telur burung yang tidak diketahui jenisnya kelihatan masih belum menetas.
Betul-betul hikmah PKP…boleh jadi bapa angkat
Pada 11 Mei pula, si ‘bapa’ ini berkongsi berita gembira kedua-dua telur kecil itu sudah menetas. Melihat anak burung kecil yang comel itu, lelaki tersebut sempat mengucapkan kata syukur kerana dikurniakan ‘bayi’ kembar. Menurutnya lagi, dia tidak akan bertindak sesuka hati dan bertekad untuk membiarkan baby cute tersebut tetap di tempatnya.
Tahniah dapat bayi kembar…dah boleh bagi nama
Siapa sangka, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 5 ribu retweets setakat ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat anak burung tersebut boleh bersarang dan menetas di dalam kasut.Dengan penetasan telur itu, netizen berseloroh mengucapkan tahniah kerana lelaki ini bergelar ayah.
Sumber: Twitter MdAeEmAi