Viral

“Lain Macam Dia Punya Berpusing”- Teruja Bergambar, Sekali Muka Nyaris Ke Tanah

“Lain Macam Dia Punya Berpusing”- Teruja Bergambar, Sekali Muka Nyaris Ke Tanah
Rasaflix

Sharing is caring!

Apabila keluar lepak bersama kawan-kawan, tak sah lah jika tak rakam sebarang gambar atau video kenangan kan? Lebih-lebih lagi ‘geng lelaki’, posing dekat mana-mana pun boleh. Tapi sekiranya tidak berhati-hati, mungkin nasib anda sama seperti yang terjadi dalam video Tiktok ini.


BACA : [VIDEO] Penangan Anak Ramai, Gigih Ibu & Ayah Struggle Demi Sekeping Gambar

Tak rilek masa nak bergambar ramai-ramai…sekali lain macam dia punya berpusing

Pengguna akaun @takiyadiee ini berkongsi rakaman yang memaparkan detik ingin bergambar bersama-sama 2 lagi rakannya. Pada awalnya, mereka bertiga bercadang ingin merakam gambar sambil duduk di atas sebuah palang. Namun gara-gara terlalu confident dan teruja memanjatnya, dia tiba-tiba tergelincir lalu berpusing ke belakang sekali gus nyaris tersembam ke tanah. Mujurlah remaja lelaki ini sempat berpaut pada palang tersebut dan kawan-kawannya terus panik apabila terlihat kejadian sebelum mentertawakannya pula.

@takiyadiee

Masa ni nak buat video then amik gambar ramai ramai lepastu aku tergelincir HAHAHAHAHAHA #foryoupage #fyp #tiktokmalaysia #fypdongggggggg

♬ original sound – Takiyadie – Takiyadie

Nasib baik kawan tu tolong…kalau tak lagi lamalah tergantung

Meraih hampir 200 ribu tontonan di aplikasi Tiktok, rata-rata netizen nyata cukup terhibur melihat situasi tersebut. Walaupun pada awalnya kelihatan cemas sekali, tetapi mereka juga memuji tindakan 2 orang kawan baik pemuda ini kerana segera membantu. Dalam pada itu, netizen turut berseloroh bahawa confident level yang dimiliki oleh pemuda tersebut yang agak tinggi hingga menyebabkan dia jatuh terbalik sedemikian rupa.


“Lain Macam Dia Punya Berpusing”- Teruja Bergambar, Sekali Muka Nyaris Ke Tanah

“Lain Macam Dia Punya Berpusing”- Teruja Bergambar, Sekali Muka Nyaris Ke Tanah

“Lain Macam Dia Punya Berpusing”- Teruja Bergambar, Sekali Muka Nyaris Ke Tanah

Sumber : Tiktok @takiyadiee

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

“Lain Macam Dia Punya Berpusing”- Teruja Bergambar, Sekali Muka Nyaris Ke Tanah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram