Viral

Kuat Melahap Makanan Pedas, Lepas 10 Tahun Perut Terus Merana Tanggung ‘Azab’

Sudah menjadi lumrah biasa khususnya bagi Orang Malaysia, kebanyakan juadah kita menggunakan cili padi sebagai bahan dalam masakan. Meskipun sampai mengalirkan air mata, namun ia menjadi bahan wajib buat penggemar makanan pedas. Memang nikmat menjamu makanan tersebut tidak dapat dinafikan, namun pengambilannya perlu juga dikawal. Jika tidak, risau pula diri sendiri yang merana seperti pengalaman yang dirasai seorang perempuan ini.

BACA : Trend Pedas Challenge, Rupanya Cili Membantu Turun Berat Badan Ini Kata Doktor

Bila makan benda tak pedas, aku rasa muak

Advertisement

Dikongsikan menerusi Twitter pada tahun lalu, pendedahan Jia Shamsuri tentang bahana pengambilan makanan pedas secara berlebihan nampaknya mengejutkan ramai. Bukan sahaja makanan pedas, malahan tabiat melewatkan waktu makan dek kerana sibuk dengan urusan lain turut menjadi punca kepada ‘azab’ tersebut. Tabiat berkenaan berterusan untuk jangka masa yang lama sehingga perutnya mula merasai sesuatu. Selepas merujuk kepada doktor, barulah dia sedar tentang masalah yang menimpanya.

Gambar sekadar hiasan

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Advertisement

Sampai sekarang aku masih rasa bloated dan sempit tekak

Selain mengetahui bahawa keadaan esofagusnya sudah terjejas teruk, Jia menjadi semakin terkejut apabila doktor mendedahkan masalah tersebut boleh membuatkan dia menerima risiko barah. Mujur dia mendapatkan rawatan dengan kadar segera sekali gus terselamat daripada risiko berkenaan. Setelah berkongsikan pengalamannya itu, gadis ini sempat bertegas dan berpesan agar orang ramai lebih serius dalam menjaga cara pemakanan supaya tidak merana sama.

Advertisement

Sumber : Twitter Jia Shamsuri

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram