Menjadi lumrah kehidupan, saban tahun pasti kita teruja untuk meraikan hari lahir dengan yang tersayang. Biarpun tidak mendapat sebarang hadiah, namun cukuplah sekadar ucapan yang diberikan sebagai tanda tarikh istimewa itu diingati. Namun hati siapa yang tidak terkilan jika wish pun terlupa hendak diberikan lebih-lebih lagi situasi itu dihadapi oleh ahli keluarga tersayang.
BACA:Â Rindu Menebal Sejak Terpisah 241 Hari, Ayah Hanya Sempat Tatap Jasad Ibu Saja
Buat-buat lupa wish hari jadi…tapi tak jadi lepas terbaca status WhatsApp
Menerusi perkongsian di TikTok, Rozyana Roslan menyatakan pada mulanya sengaja hendak buat-buat lupa memberikan ucapan ulang tahun kepada ibunya. Namun prank tersebut tidak menjadi selepas wanita berkenaan terbaca status di WhatsApp yang dimuat naik oleh insan kesayangannya itu. Seolah-olah berasa serba salah, dia terus mempelawa untuk belanja makan namun ibunya mendiamkan diri sahaja.
Ibu minta make up, tapi mata sembap…senyum lepas bawa pergi makan
Akan tetapi tatkala diminta untuk disolekkan, Rozyana menyedari mata ibunya sedikit sembap kerana menangis. Meskipun masih terasa diri bersalah, namun dia tetap mendoakan kesejahteraan wanita berusia 48 tahun itu. Lebih menyenangkan apabila bonda kesayangannya dilihat tersenyum ketika menikmati hidangan tersebut.
@rozyanaroslan2 Wish birthday kat ibu saya boleh? Ibu nangis tadi 🥺
Cantik sangat mak awak, awet muda…air mata ni nak terkeluar dah
Ruangan komen bukan sahaja dibanjiri dengan pelbagai ucapan, malah rata-rata netizen turut memuji kejelitaan ibu kesayangan Rozyana Roslan. Selain itu, mereka juga akui sebak melihat reaksi wanita berusia 48 tahun tersebut.
Sumber: TikTok rozyana93