Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Konon Jadi Orang Last ‘Blah’ Dari Hostel, Akhirnya Sebak Lihat Rakan Menghilang

29th November 2019
in Viral
Konon Jadi Orang Last ‘Blah’ Dari Hostel, Akhirnya Sebak Lihat Rakan Menghilang
591
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

“Bagai isi dan juga kuku”, kata-kata tersebut begitu sesuai untuk menggambarkan ukhuwah di kalangan pelajar sekolah menengah khususnya yang pernah tinggal di asrama. Selama bertahun-tahun hidup sebumbung, pastinya begitu banyak kisah suka duka yang dikongsikan bersama sehingga sukar untuk dilupakan. Namun apabila semuanya sudah tamat zaman persekolahan, detik bermakna itu akan tinggal sebagai memori memandangkan masing-masing bakal pergi membawa haluan sendiri.

BACA : Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah Barai

Konon Jadi Orang Last ‘Blah’ Dari Hostel, Akhirnya Sebak Lihat Rakan Menghilang
Gambar sekadar hiasan

Aku nak jadi orang paling last blah

Sejak tamatnya peperiksaan SPM 2 hari lalu, media sosial juga kita dihiasi dengan pelbagai kisah perpisahan pelajar tingkatan 5. Tidak ketinggalan, pengendali akaun Twitter bernama @IjangNation nampaknya sempat membuat ramai sebak apabila dia menyingkap semula kenangan lama sewaktu tamat zaman persekolahan dahulu. Ketika itu, dia mengambil keputusan untuk menjadi orang terakhir yang akan pergi dari asrama tersebut demi menghabiskan cebisan memori yang masih lagi berbaki.

Konon Jadi Orang Last ‘Blah’ Dari Hostel, Akhirnya Sebak Lihat Rakan Menghilang

Konon Jadi Orang Last ‘Blah’ Dari Hostel, Akhirnya Sebak Lihat Rakan Menghilang
Gambar sekadar hiasan

Masing-masing dah koyak diselubungi suasana hening

Sepanjang hari terakhir itu juga, dia sempat membantu menghantar barang ke dalam kereta serta berbual-bual dengan rakan yang masih belum pulang. Namun lama-kelamaan, suasana semakin sepi kerana penghuni asrama tersebut mula ‘menghilang’ satu persatu. Ketika itulah rasa sebak mula menyelubungi dirinya kerana Injang sedar rakan-rakan yang sudah dianggap seperti keluarga kini pergi dan mungkin sukar untuk bertemu lagi.

Konon Jadi Orang Last ‘Blah’ Dari Hostel, Akhirnya Sebak Lihat Rakan Menghilang

Konon Jadi Orang Last ‘Blah’ Dari Hostel, Akhirnya Sebak Lihat Rakan Menghilang
Gambar sekadar hiasan

Kalau boleh pusing balik masa, aku nak pergi zaman tu

Bagi Injang sendiri, kenangan yang tercipta apabila dia menjadi penghuni asrama mungkin tidak sama nilainya dengan pelajar di sekolah harian. Mana tidaknya, silaturrahim yang terjalin saat tinggal di asrama memang tidak tergambar eratnya dan sebab itulah dia sendiri mahu kembali ke zaman itu jika diberikan peluang memutarkan masa.

Konon Jadi Orang Last ‘Blah’ Dari Hostel, Akhirnya Sebak Lihat Rakan Menghilang

Sumber : Twitter Injang Nation

Tags: asramaberpisahrakansekolahSPMsunyi
Next Post
Konon Jadi Orang Last ‘Blah’ Dari Hostel, Akhirnya Sebak Lihat Rakan Menghilang

[VIDEO] Disangka Bengkak Biasa, Abang Sebak Adik 'Pergi' Kerana Kanser Tahap 4

Sambal Serbaguna Halal - Sedap & Praktis!
Pembersih Fabrik & Sofa Mudah Alih - Kotor Lenyap Sekejap!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)