Ayam merupakan sumber makanan yang diternak dalam skala besar untuk memenuhi bekalan permintaan tinggi. Proses penternakannya menelan belanja besar memandangkan begitu banyak perkara yang perlu dibuat bermula daripada pemilihan baka ayam, jenis reban dan makanan sehinggalah pemprosesan akhir sebelum dijual ke pasaran. Namun menerusi perkongsian seorang lelaki di Twitter ini, dia mula mendedahkan satu sisi lain industri berkenaan yang mungkin jarang kita ketahui.
BACA :Â Jerawat Tumbuh Lepas Shave Ketiak, Instafamous Terkedu Bila Kena Bayar RM17,000
Gaji RM35 sehari…Bayaran dibuat secara mingguan
Kata pemilik akaun Twitter @Asri Malik ini, dia telah mencuba untuk bekerja sebagai penjual ayam di pasar selepas syarikat yang menjadi tempat mencari rezeki terpaksa ditutup. Kerja yang perlu dilakukannya adalah menyerahkan haiwan tersebut kepada orang yang bertugas sebagai menyembelih. Meskipun kedengaran senang, siapa menyangka dia akhirnya melalui pengalaman yang pasti tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.
Masa ayam menggelupur, aku rasa macam dalam ‘neraka’
Meskipun dia seorang yang sangat mementingkan kebersihan, namun sikap tersebut terpaksa dilupakan dahulu apabila dia terlibat dalam industri ternakan ini. Selepas 5 hari dia berjaya mengharungi pekerjaan tersebut, cuaca hujan pada hari 6 telah memberikan Asri satu pengalaman ‘lain macam’. Dek kerana hujan, semua ayam yang perlu diuruskan olehnya bergelumang dengan najis.
Kalau tengah sedap makan ayam tu, ingatlah ada…
Ternyata, penceritaan pemuda ini membuka satu perspektif lain tentang penjualan ayam di pasar. Mungkin tidak ramai yang mampu membuat kerja itu, namun pengalaman tersebut mengajar diri Asri untuk lebih bersyukur dengan kehidupan sekarang. Apabila muncul rasa malas dalam dirinya, dia akan mengenang semula kerja yang pernah dirasainya itu.
Sumber : Twitter Kukhayal