Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Kerap Kongsi Semua Benda Dengan Kawan Baik Sampai Hamil Pun Boleh Sama – Kajian

5th January 2020
in Gaya Hidup
Kerap Kongsi Semua Benda Dengan Kawan Baik Sampai Hamil Pun Boleh Sama – Kajian
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Wanita mana yang tidak gembira apabila disahkan hamil. Dengan berita itu, pasti kita teruja untuk berkongsikan perkara tersebut dengan rakan-rakan baik. Tapi seminggu dua selepas itu, tahu-tahu saja kenalan rapat kita pun memberi kejutan tentang kehamilannya. Mesti kalian juga pernah mengalami situasi sebegini kan? Sudahlah mengandung  sama-sama, kemudian jarak usia kehamilan pun tak jauh dengan kawan baik tersebut.

BACA : Isteri Buat Kejutan Hamil Lagi Sempena Anniversary Tapi Reaksi Shukri Yahya Win

Kerap Kongsi Semua Benda Dengan Kawan Baik Sampai Hamil Pun Boleh Sama – Kajian
Gambar Sekadar Hiasan

Aura kehamilan boleh berjangkit

Menerusi sebuah kajian yang dijalankan oleh National Longitudinal Study of Adolescent Health (ADD Health), mereka menemui bukti daripada kebanyakan responden bahawa rata-ratanya hamil pada waktu sama seperti rakan-rakan baiknya.

Kerap Kongsi Semua Benda Dengan Kawan Baik Sampai Hamil Pun Boleh Sama – Kajian
Gambar Sekadar Hiasan

Tidak cukup dengan itu,  sebuah lagi kajian menerusi jurnal oleh American Sociological Association seolah-olah menguatkan fakta berkenaan. Menurut laporan kajian tersebut, seorang wanita mengandung mempunyai aura kehamilan yang boleh ‘berjangkit’ pada teman karibnya. Walau bagaimanapun, kajian ini juga menegaskan bahawa aura tersebut bukan saja menular menerusi psikologi tapi dalam bulan persenyawaan iaitu dari sudut biologi.

Kerap Kongsi Semua Benda Dengan Kawan Baik Sampai Hamil Pun Boleh Sama – Kajian
Gambar Sekadar Hiasan

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana ia boleh berjangkit kan? Sebenarnya terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kehamilan bersama rakan baik berlaku. Antaranya adalah :

1) Rasa membuak-buak nak jadi ibu

Bila tengok sahabat karib sendiri hamil, sudah tentu para wanita teruja dan bersemangat serta cenderung mahu memiliki anak sendiri juga. Boleh dikatakan, mereka ini sehati sejiwa.

2) Excited lain macam kawan mengandung

Pada mulanya, mungkin mereka tidak merancang untuk hamil. Namun sebaik sahaja melihat ada kawan terdekat yang disahkan hamil, mereka terus berkobar-kobar untuk merancang kehamilan.

3) Tak mahu ketinggalan

Kebanyakan wanita berkemungkinan akan bertambah teruja untuk berbadan dua bila lihat kawan-kawan sudah pun memiliki anak. Ditambah pula ada di antara rakan yang sama-sama jadi ‘mak buyung’ menyebabkan mereka saling berkongsi pengalaman dan membuat pemeriksaan kandungan sama-sama. Bukan saat kehamilan saja yang boleh dipengaruhi tapi jumlah anak juga. Perkara itu turut diakui dalam satu lagi laporan menerusi kajian pada 2014 yang dilakukan oleh Demographic Research.

Kerap Kongsi Semua Benda Dengan Kawan Baik Sampai Hamil Pun Boleh Sama – Kajian
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Motherly , Majalah Pa & Ma

Tags: hamilkajiankawan baikmengandung
Next Post
Kerap Kongsi Semua Benda Dengan Kawan Baik Sampai Hamil Pun Boleh Sama – Kajian

Wanita Pitam Masa Kerja Tapi Gagal Dapat MC, Bila Tahu Sebabnya...Ramai Simpati

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)