Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian kerana ia boleh hadir tanpa mengira usia. Pemergian insan bergelar anak murid pasti memberi kesan yang amat mendalam di jiwa gurunya. Lebih meruntun hati apabila pelajar tersebut berkelakuan seperti tahu kematian akan menjemput dirinya.
BACA:Â Kucing Kesayangan Pergi Sebab Sawan, Naim Daniel Seru Hentikan Aniaya Haiwan
Perginya sangat luar biasa…siapa sebenarnya murid ini?
Begitulah kisah yang dialami seorang pengguna Twitter bernama Fatimatuz Zahra Mohammad Yusof setelah kehilangan anak murid bernama Amir Hamzah. Menurut guru tersebut, dia tidak menjangka pemergian pelajarnya itu ditangisi ramai orang. Bukan sahaja dijemput pada bulan mulia, amalan ketika hayatnya juga menjadi bukti remaja ini sememangnya luar biasa.
Murah dengan senyuman…tak pernah susahkan sesiapa
Bila dikenang semula, Amir tidak pernah menyusahkan orang lain walaupun lahir dalam keluarga asnaf. Bukan itu sahaja, pemuda ini juga sangat menghormati dan disenangi para guru di sekolahnya. Meskipun menghadapi masalah, bibirnya tidak lekang dengan senyuman bila bertemu dengan guru-gurunya.
Tetap nak belajar walaupun tak sihat…sempat tulis nota sebelum pergi
Dedahnya lagi, Amir masih memikirkan soal pelajaran walaupun dirinya tidak sihat ketika itu. Malah dia juga tidak pernah memberitahu tahap kesihatannya kepada guru berkenaan dengan niat tidak mahu menyusahkan sesiapa. Apa yang lebih mengejutkan , pelajar tersebut sempat menulis nota untuk memudahkan urusan pengkebumiannya.
Sumber: Twitter ftzarmy