Setiap yang berkahwin pastinya enggan rumah tangga mereka berakhir begitu sahaja. Namun hakikatnya, ramai melalui fasa sukar ini dan terpaksa menerima ketentuan jodoh yang putus di tengah jalan. Selalunya, punca berlakunya perpisahan antara suami dan isteri yang biasa kita dengar adalah disebabkan sikap tidak setia atau isu nafkah tidak mencukupi. Tetapi, lain pula yang terjadi pada kisah keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri ini apabila mereka berpisah atas sebab tidak munasabah.
BACA:Â Suami Kasari Sebab Masih Tiada Zuriat, Isteri Nak Berpisah Tapi Takut Menjanda
Berpisah sebab berbeza cara picit ubat gigi
Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, suami isteri berkenaan telah bergaduh dan mahu berpisah kerana berbeza cara memicit ubat gigi. Jelasnya, si suami suka memicit bahagian belakang manakala isteri pula suka mengeluarkan ubat gigi tersebut daripada tengah. Walaupun kedengaran agar lucu, namun itulah hakikat yang terjadi pada rumah tangga mereka berdua.Â
Berhenti guna ubat gigi, gunalah kayu sugi
Tidak ketinggalan juga, konflik berkenaan turut diulas dan dikongsikan semula menerusi akaun Twitter @miraaaaeee. Dalam pada itu, gadis ini juga memuat naik salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang individu dan ternyata, lelaki berkenaan sempat berseloroh dengan isu tersebut.Â
Wow tak sangka…
Meninjau komen lain pula, rata-rata netizen juga tidak percaya dengan punca perpisahan tersebut. Mereka menyifatkan mungkin suami berkenaan bersikap perfectionist dalam semua perkara. Secara keseluruhan, posting berkenaan telah berjaya meraih 17 ribu kali retweets.Â
Sumber: Sinar Harian & Twitter miraaaaeee