Setelah bergelar single sehingga beberapa episod, akhirnya watak desperate Zureen tamat apabila dia kini mempunyai seorang teman istimewa bernama Arsyid. Pertemuan semula yang berlaku melalui tragedi di tengah-tengah jalan kampung akhirnya menyatukan mereka berdua. Meskipun hanya menjadi kenalan biasa suatu ketika dahulu, namun mereka akhirnya menjalinkan hubungan serius dan sedang menanti masa untuk disatukan atas satu pelamin.
BACA : Kalau Dapat Lelaki Baik Hati Yang Mencintai Kita Seadanya, Terima Sajalah Dia
Macam ni rasanya orang ikhlas sayang kita
Melalui watak Arsyid yang dilakonkan oleh Shawal Osman ini, nampaknya susuk ini seolah-olah mengajar orang lelaki supaya bersikap lebih berani dalam percintaan. Mana tidaknya, jejaka yang menjadi pekebun di kampung itu sudah memberikan sebentuk cincin selain menyuarakan hasrat untuk masuk merisik meskipun percintaan bersama Zureen masih lagi baru. Sebelum bunga dipetik orang, mungkin itulah langkah awal yang dilakukan oleh Arsyid untuk membuktikan kesungguhannya memiliki Zureen.
Pagi-pagi dah call bagitau rindu
Tidak ketinggalan, pada episod semalam babak mereka berdua turut menjadi perhatian netizen. Sekali lagi Arsyid menunjukkan sifat berani dan berterus-terang ketika mula merindui buah hatinya itu. Setelah ditahan selama 2 hari, jejaka tersebut akhirnya menghubungi Zureen sendiri pada awal pagi semata-mata untuk meluahkan rindu di dalam hati.
https://www.instagram.com/p/B8r-dXPFfwi/
Kalau merindui seseorang, bacalah doa-doa berikut
Tidak dinafikan, perasaan rindu kerana teringat kepada insan tersayang merupakan perkara biasa apalagi kalau hubungan tersebut begitu istimewa. Selain menghubungi orang berkenaan untuk melepaskan rindu, rupanya terdapat juga doa daripada potongan ayat suci Al-Quran yang boleh diamalkan oleh kita semua dan ia dikongsikan melalui Facebook Tazkirah Ustaz Ebit Lew.
Sumber : Instagram Syawal Osman, Instagram seadanyaaku, Facebook Tazkirah Ustaz Ebit Lew