Pada 24 April lalu, pelakon bernama Erry Putra telah kehilangan kakak kesayangannya akibat komplikasi jantung dan juga buah pinggang. Lebih menyedihkan lagi, kakaknya bernama Rozi Hamzah yang bertemu Ilahi pada 1 Ramadan itu terpaksa diuruskan sendiri oleh pelakon tersebut kerana keluarga yang lain tidak dapat hadir menziarahi gara-gara tempoh PKP.
BACA: Kenapa Tak Cakap Nak Tinggalkan Aku Gadis Luluh Kawan Baik Pergi Selamanya
Erry lalui seorang diri…jangan aku gila sudahlah
Menerusi perkongsian videonya terdahulu di Instagram, Erry Putra tidak menyangka kakak yang menjaganya dan membesarkannya selama ini telah pun pergi untuk selamanya. Dia juga memanjatkan doa agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Saya diperli kakak je pun yang pergi
Namun terbaru, dia bersuara tentang kenyataannya yang risau disalah tafsir. Erry Putra tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak akan menjadi kurang waras selepas pemergian kakaknya itu. Dalam masa sama, dia juga turut bersedih kerana ada segelintir orang luar menganggap kehilangan yang dihadapinya bukanlah sesuatu yang sensitif. Tidak pasti apa tujuan mulut-mulut itu berkata sedemikan rupa, namun dia sudah memafkan semuanya.
Selalu ceria bukan tak ada masalah…mereka tak faham
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyampaikan salam takziah ke atas kehilangan yang dihadapi oleh pelakon tersebut. Tidak cukup sekadar itu, ada juga yang terkilan dengan sesetengah orang yang seakan-akan tidak faham dengan kesedihan yang ditanggung selepas kematian orang tersayang.
Sumber: Facebook mStar, Instagram Erry Putra