Kadangkala akibat terlalu biasa mengulas panjang-panjang sebagai seorang guru sekolah, sikap tersebut boleh terbawa-bawa sampai ke luar kelas. Tanpa mengira lelaki atau perempuan jika dah jadi habit, orang lain pun boleh teka apa pekerjaan kita. Begitulah yang terjadi kepada seorang cikgu Bahasa Inggeris ini beberapa hari lepas.
BACA:Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana
Cara cakap pun dah tahu
Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai satu perbualan ringkas menyebabkan seorang pendidik yang dikenali sebagai Muhammad Azhan Zaffuan Ramli terkejut dengan tekaan seorang askar di sebuah sekatan jalan raya mengenai pekerjaannya. Hal ini kerana, pengajar tersebut menjawab soalan ringkas dengan jawapan berjela seperti yang sering dilakukan kepada murid-muridnya.
Kedai yang jual peti ais dekat dengan rumah tiada
Memetik laporan mStar Online, guru berkenaan sudah puas mencari kedai barangan elektrik yang menjual peti ais di sekitar rumahnya namun tidak dijumpai. Menurut lelaki berumur 33 tahun itu, dia tidak mempunyai peti ais kerana perkakas berkenaan telah dibawa bersama oleh seorang rakan yang sudah berpindah keluar.
Janggal juga mengajar melalui skrin
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijalankan, tugasnya tetap diteruskan walaupun terpaksa mengajar melalui skrin sahaja. Perasaan janggal memang tidak dapat dielakkan tapi itu hanya berlaku pada permulaan sahaja menurut guru tersebut. Dia juga berpendapat bahawa para pengajar perlu memastikan cara yang digunakan untuk mengajar tidak menyusahkan mana-mana pihak.
Sumber: Twitter @MerchantofMilan, FB mStar Online