Berikutan isu COVID-19 yang melanda seluruh dunia, setiap orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan diri tidak dijangkiti virus tersebut. Namun, lain pula kisah yang menimpa lelaki ini. Walaupun dah berusaha menjaga dirinya dengan mengikut SOP, tetapi hasil swab test tetap menunjukkan keputusan positif COVID-19.
BACA:Â [VIDEO] Terpaksa Berangkat Ke KL, Pemuda Sebak Berpisah Dengan Beruk Peliharaan
5 hari tak sedap badan…buat check up sekali positif COVID-19
Zicko Syah didiagnosis dengan jangkitan tahap kelima peringkat klinikal COVID-19 di mana badannya mengalami kegagalan multiorgan. Sebelum disahkan positif COVID-19, lelaki itu hanya demam biasa dan cuma makan paracetamol Namun setelah 5 hari menahan ketidakselesaan badan di rumah, dia terus bertemu dengan doktor.
Kena demam teruk sampai muntah…sesak nafas terus bawa masuk ICU
Di pusat kuarantin, Zicko Syah mengalami demam teruk sehingga dia dibawa ke pusat rawatan di Kota Belud. Lelaki itu kemudian dipindahkan ke ICU apabila kesihatan dirinya berada di paras tidak selamat kerana mengalami sesak nafas yang serius sehingga bekalan oksigen dalam badan terpaksa dinaikkan. Dia juga terpaksa kencing dan membuang air besar di atas katil.
Buat CT scan…check sebab jantung bengkak dan paru-paru bermasalahÂ
Hampir sebulan dirawat, kondisi lelaki itu semakin pulih apabila dia boleh bercakap. Namun demikian, dia terpaksa membuat CT Scan kerana jantung dan paru-parunya mengalami sedikit masalah. Setelah dipastikan keadaannya beransur pulih, Zicko Syah dibenarkan pulang tetapi dia masih perlu membuat rawatan susulan.
Sumber: Facebook Zicko SyahÂ