Sejak kebelakangan ini, nama seorang artis muda kecoh menjadi perhatian ramai apabila videonya didakwa memperlekeh penduduk kawasan setinggan menjadi tular di laman sosial. Dalam rakaman tersebut, individu berkenaan dikatakan tidak sensitif apabila membandingkan gayanya dengan penghuni kawasan berkenaan seolah-olah cuma golongan bawahan.
BACA:Â [VIDEO] Suara ‘Sebijik’ Ahmad Jais, Hos TV3 Pun Siap Request Dendang Lagu Raya
Ramai je penghuni setinggan dapat pendidikan tinggi..
Susulan penularan video itu, ramai pihak memberikan pendapat dan reaksi masing-masing mengenainya termasuklah personaliti TV terkenal iaitu Ahmad Fedtri Yahya. Ujarnya, ada sahaja para penghuni di kawasan perumahan sedemikian yang telah meraih tahap pendidikan yang sangat tinggi dan sangat rajin bekerja.
Pastilah sensitif tempat tinggal orang…jangan pandang rendah
Mengulas lanjut tentang posting berkenaan, pengacara berusia 39 tahun itu berpendapat bahawa setiap orang pasti akan tersentak apabila kawasan tempat tinggal mereka dikritik oleh mana-mana pihak sekalipun. Hal ini kerana itulah ‘syurga’ bagi sesebuah keluarga terutama sekali pada zaman ekonomi yang semakin meruncing ini.
Mana tahu yang miskin hina itu barangkali diangkat ‘di sana’
Penulis lirik lagu terkenal ini malah turut berpendapat bahawa kemewahan di dunia tidak sesekali menjamin kebahagiaan seseorang sampai bila-bila. Di hujung coretan tersebut, Fedtri sempat memohon maaf seandainya tegurannya itu mengguris hati mana-mana pihak meskipun ia bersifat umum.
Bangga dibesarkan di sana…tak berdosa pun
Sehingga kini, perkongsian yang cukup ‘pedas’ itu telah meraih lebih 1,000 perkongsian di laman Facebook. Selain bersetuju dengan kenyataan diberikan oleh pengacara itu, rata-rata netizen menyatakan bahawa mereka sangat bangga untuk menjalani kehidupan secara sederhana di lokasi terbabit walaupun sering dibanding-bandingkan oleh pihak lain.
Sumber: Twitter & FB Fedtri Yahya