Viral

“Jangan Berlagak Macam Dewa..” -Adam Shahz Dikuarantin Angkara Kluster Kayangan

“Jangan Berlagak Macam Dewa..” -Adam Shahz Dikuarantin Angkara Kluster Kayangan
Rasaflix

Sharing is caring!

Nampaknya isu kluster ‘kayangan’ terus hangat diperkatakan orang ramai.  Malah sikap terlalu demand dan menjengkelkan selain tidak memberikan kerjasama yang baik sewaktu kuarantin turut dikongsikan oleh para petugas barisan hadapan negara sebelum ini.

BACA : “You Tak Kenal Siapa I..” – Kluster Kayangan Tunjuk Belang Lepas Ditegur Doktor

Terpaksa dikuarantin kerana ada kontak rapat..

Terbaharu, pelakon Adam Shahz mendedahkan dia terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 18 hari gara-gara mempunyai kontak rapat bersama penghidap pendemik COVID-19. Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Adam memberitahu sebelum ini dia telah berhubung dengan individu yang sedang disaring namun tidak patuh dengan arahan PKP apabila keluar berurusan dengan orang ramai.


“Jangan Berlagak Macam Dewa..” -Adam Shahz Dikuarantin Angkara Kluster Kayangan

 

“Jangan Berlagak Macam Dewa..” -Adam Shahz Dikuarantin Angkara Kluster Kayangan

Buat kluster kayangan, dah berapa ramai frontliner tumbang sebab kamu?

Sambil memuat naik gambar surat arahan kuarantin, pelakon drama ‘Juvana’ itu, mengakui agak terkilan dengan sikap pentingkan diri segelintir masyarakat yang tidak menghiraukan keselamatan dan nyawa sehingga menyusahkan orang lain. Malah dia juga ada menegur berkenaan kluster ‘kayangan’ yang telah membuatkan ramai frontliner tumbang akibat sikap tidak jujur dan mementingkan diri sendiri.

View this post on Instagram

Lama tak tengok saya post gambarkan? Sebelum ni saya dikuarantin 18 hari kerana ada contact dengan +ve covid19. Saya dikuarantin kerana ada segelintir orang yang tidak patuh dengan SOP saringan. Tak kisahlah siapa pun, once dah buat saringan tak sepatutnya keluar!! Duduk rumah, jauhkan dari contact rapat dengan orang. Dah tahu kena saring, boleh pula merayau pergi kerja. Kalau tak sayang nyawa sendiri, atleast sayanglah nyawa ahli keluarga tu. Untuk kluster kayangan, berapa ramai dah frontliner dikuarantin sebabkan kamu. Boleh tak jangan berlagak macam dewa, banyak lagi kerja yang kami perlu buat. Kami berjauhan dari keluarga sebab nak bantu kamu, walhal kami ada pilihan untuk STAY AT HOME! Perikemanusiaan sikit, waktu genting macam ni kita tak sepatutnya nak LEBIH-LEBIH. Bersyukur atas apa yang TUHAN beri, selebinya tawakal dan doa supaya dihindarkan dari COVID19.

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz) on

Waktu genting macam ni, kita jangan nak lebih-lebih..

Di akhir posting tersebut, Adam menasihati semua pihak agar sentiasa mematuhi arahan standard operasi prosedur (SOP) saringan supaya tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain. Namun mujurlah, ujian COVID-19 terhadapnya menunjukkan keputusan negatif.


Sumber : Instagram adamshahz


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Jangan Berlagak Macam Dewa..” -Adam Shahz Dikuarantin Angkara Kluster Kayangan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram