Perasan tak media sosial akhir-akhir ini penuh dengan berita mengenai keruntuhan rumah tangga. Malah ada yang berpunca daripada alasan yang remeh temeh sahaja seperti suka mengikuti rombongan beramai-ramai ataupun berebut untuk menonton rancangan TV kegemaran. Menurut peguam bernama Farizal Radzali ini, realitinya semua itu terjadi akibat daripada hati yang dah penat terhadap partner masing-masing.
BACA: “Tolong Jaga Anak Baik2” – Sebak, Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..
Bila hati dah penat…mudah marah pada perkara yang tak sepatutnya
Jangan cari silap isteri…tapi kekurangan dalam pimpinan keluarga
Jelasnya lagi, wanita selalu dipersalahkan dalam hal ini kerana mula berbeza daripada zaman bercinta dahulu. Isteri dah tak pandai senyum, tak pedulikan penampilan dirinya, selalu jadi ‘singa’. Hakikatnya, para suami jangan terus mencari salah silap diri mereka, sebaliknya carilah kelemahan dalam institusi keluarga yang merupakan hasil kepimpinannya selaku seorang ketua.
Isteri buat perangai bukan nak melawan…tapi dia mahu perhatianmu
Tambahnya lagi, para isteri bukanlah buat perangai sebab mereka sengaja atau mahu ingkar taat setia kepada suami. Namun biasanya hal ini terjadi kerana laparkan perhatian. Oleh sebab itu, digalakkan para ‘pemimpin keluarga’ berusaha sehabis baik untuk membawa keluarganya ke syurga dan tegurlah kesilapan ahli keluarga berlandaskan ajaran agama.
Suami yang baik sentiasa berusaha bawa keluarganya membina istana di Syurga
Sumber: FB Farizal Radzali