Walaupun aktiviti memancing ini perlu menunggu lama, namun bagi pemancing tegar malah menganggap ia sebagai perkara yang menyeronokkan. Mereka juga hendaklah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi memandangkan bukan setiap masa akan bawa balik hasil bahkan kadangkala terpaksa pulang dengan tangan kosong.
BACA:Â [VIDEO] Dengar Jeritan Dari Sungai, Rupanya Lelaki Kena Sawan Ketika Memancing
Santai duduk bertimpuh bawah payung…Mulut tak habis-habis membebel
Menerusi TikTok, pemilik akaun @cik.mat.poi sempat berkongsi sebuah rakaman anak lelakinya yang pertama kali ikut pergi memancing. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Habib itu kelihatan santai duduk bertimpuh di bawah sekaki payung sambil memerhati kawasan sekeliling. Namun, mulutnya tidak henti-henti bercakap dan sesekali mengerutkan wajah sebaik mendengar respon daripada bapanya.
Nak ikut pergi memancing tapi bila kumpau dia koyak pula
Kedengaran pelbagai rungutan keluar daripada mulut kanak-kanak itu bagaikan tidak berpuas hati apabila orang tuanya masih tidak berjaya memperoleh ikan. Bahkan, tahap kesabarannya sudah makin menipis gara-gara terpaksa menunggu lama di tempat tersebut. Pun begitu, si bapa masih setia dan tenang memujuk sambil berharap agar Habib terus bersabar.
@cik.mat.poi Nak ikut mancing. Tapi bile kumpau, koyak plak🤣. Habib2. Macam2 hal la. 2x letih woo mancing rini. #memancing #koyak @mama_rieza @Zulia Shahira
Jomlah dik kita pergi beli ikan dekat pasar…Senang sikit dapat
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lucu budak lelaki berkenaan. Bahkan, masing-masing juga sempat berseloroh meminta budak lelaki itu beli sahaja ikan di pasar dan tidak perlu tunggu lama seperti memancing.
Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi perasaan sama apabila si suami pulang dengan tangan kosong selepas seharian pergi memancing.
Pun begitu, mereka sempat meminta agar Habib terus sabar menanti sehingga umpan si bapa akan dimakan oleh salah satu ikan di dalam kolam tersebut.
Kredit; TikTok cik.mat.poi