Artis Inspirasi

“Ibu Mana Tak Sayangkan Anak” – Erma Luah Sebak Anak Keluar Penjara Hari Ini

Erma Fatima perlakon dan pengarah yang tidak asing lagi di industri perfileman Malaysia. Pernah berkahwin dengan Bade Azmi namun telah bercerai pada Ogos tahun lalu. Perihal keluarganya tidak banyak didedahkan kepada media, namun hari ini dia telah memuat naik satu status berkaitan anak angkat ketiganya yang baru dibebaskan dari penjara hari ini. Menurut Erma, sekalipun dia tidak pernah mengunjungi anaknya yang dipenjarakan kerana terlalu kecewa dan sedih.

BACA:Dah Pernah Merasa Isu Cerai Vanidah Rashidi Nourul Turut Luah Sebak

Ahmad Aifin, 21 dikenakan hukuman penjara pada Mei 2016. Selain dari Aifin, Erma mengambil lagi tiga orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Citra, 16, dan Nurain, 12. Dalam video berdurasi hampir 3 minit itu, Erma turut merakam reaksi anaknya, Citra yang sangat merindui abangnya itu.

Advertisement

“anak aku yang ketiga”-Erma Fatima

View this post on Instagram

Advertisement

Ini ANAK AKU yg ke 3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yg terbaik semampu aku. Sekolah..agama..kasih sayang…meskipun byk kekurangan aku. Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkn dia. Dan satu hari atas percaturan org tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yg tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia d tangkap polis dan d penjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa..sedih..hancur hati ini…hanya keluarga lain yg pergi menziarahi dia. Semua d dlm keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak2 aku yg lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.Semua takut aku tk terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya..walaupun dia tinggalkan aku..hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia. Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku.."mama tak malu ke bg tahu org anak mama bekas banduan?". Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yg d kurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dlm hidup aku yg aku terpaksa tempuh. Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati… aku mahu berkongsi dengan semua anak2 muda d luar sana tentang realiti hidup..aku mahu keluarga yg memiliki anak2 seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dr cerita aku ini. Itu saja..Nanti aku akn cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara. #hadiahisrakmikrajbuatku #anakakubekasbanduan

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Advertisement

Rata-rata netizen kebanyakkan menghorm4ti luahan Erma Fatima dan memuji kekuatan yang diperolehinya.

sebak hati baca keluhan kak Erma

Advertisement

macam mana buruk pun anak kita tetap terima

Berjurai-jurai air mata baca 

Advertisement

naluri keibuan yang tidak dibuat

Advertisement

satu hari nanti dia akan jadi lebih baik dari sebelumnya

masa lalu hanyalah sejarah

Advertisement

SUMBER: IG ErmaFatima

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram