Para pencinta kucing pasti akan melakukan apa saja untuk memastikan kebajikan haiwan tersebut terjaga termasuklah memberi makan, menyediakan tempat tinggal dan membersihkan najisnya. Meskipun si bulus ini comel untuk dibelai dan dipelihara, namun sebenarnya ia mempunyai risiko buat para ibu yang sedang hamil. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Erna Nadia yang juga merupakan seorang doktor.
BACA : “Lepas Bersalin Tak Boleh Makan Telur Nanti GataI” – Doktor Selar Kenyataan Ini
Dalam najis kucing ada ‘parasit toxoplasmosis’
Menurut Dr Erna, para ibu hamil perlu berhati-hati apabila bermain dengan haiwan tersebut terutama sekali ketika mengendalikan najisnya. Hal ini kerana dalam najis kucing biasanya mempunyai sejenis parasit yang bernama toxoplasmosis.
Pakai topeng muka & sarung tangan
Malah dalam susu kambing mentah, keju yang belum dipasteur, daging juga mempunyai parasit toxoplasmosis. Jadi, bagi sesiapa yang membela kucing di rumah hendaklah memakai topeng muka dan sarung tangan. Seeloknya biarkan orang lain yang menguruskan najis tersebut.
Boleh memudaratkan diri dan kandungan
Tambah Dr Erna, parasit ini boleh memudaratkan kesihatan kerana jika terkena jankitannya boleh membawa kesan buruk pada diri dan juga bayi dalam kandungan. Sekiranya terkena jangkitan, selepas dua minggu baru akan kelihatan simptom-simptomnya. Ia juga boleh menjangkiti bayi dan menyebabkan berlakunya congenital toxoplasmosis.
Boleh keguguran, bayi dapat jangkitan
Sekiranya berlaku pada trimester pertama, ia boleh membawa risiko keguguran dan masalah kesihatan lain. Bayi yang telah dijangkiti parasit ini boleh mendapat beberapa jangkitan selepas beberapa bulan dilahirkan.
Buat ujian nak tengok antibodi
Oleh itu, para ibu boleh membuat ujian di pusat perubatan untuk melihat tahap antibodi dan jika ia ada, perlu jalani rawatan. Malah jika keputusannya adalah negatif, ujian tersebut akan dilakukan sekali lagi untuk memastikan ia benar.
Cegahlah sebelum padah!
Dalam pada itu, Dr Erna turut berkongsikan beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan risiko ini berlaku terhadap ibu hamil dan juga bayi dalam kandungannya.
Sumber : FB Erna Nadia