Proses kehamilan adalah pengalaman indah dan sangat berharga bagi seorang wanita. Bermula dengan tanda awal kehamilan seperti tiada haid, kekejangan perut, kerap membuang air kecil, mudah letih serta emosi tidak menentu, semua fasa ini dilalui dengan penuh tabah. Namun dalam keterujaan menantikan cahaya mata, ramai ibu terlupa dan mengambil ringan hal perkembangan bayi dalam kandungan.
BACA :Â Wajah Bengkak & Kedut Seakan Orang Tua, Wanita Alami Alahan Teruk Semasa Hamil
Cemas sampaikan ke tarawih anak langsung tak bergerak..
Di Facebook, seorang wanita berkongsi detik cemas apabila bayi dalam kandungannya secara tiba-tiba tidak bergerak seperti biasa pada hari keenam berpuasa. Menurut Aliaa Yusof yang kini sudah memasuki trimester ketiga, awalnya dia menyangka bahawa bayinya hanya tidur. Namun sebaliknya yang berlaku apabila hampir separuh hari si kecil berkenaan tidak memberi sebarang tindak balas.
Nurse kata, denyutan jantung baby lemah & macam terlalu penat..
Bimbangkan keadaan bayi, Aliyaa kemudian dibawa ke pusat kesihatan berdekatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Malangnya, dia dimaklumkan bahawa keadaan serta degupan bayi agak lemah. Bagaimanapun, beberapa minit kemudian keadaan bayi berkenaan kembali normal dan mula memberi respon positif.
Jangan cuba paksa diri & tolong peka keadaan kandungan
Dalam pada itu, Aliaa berkongsi nasihat doktor mengingatinya agar tidak melakukan kerja-kerja berat yang boleh mendatangkan risiko terhadap kandungan. Di akhir posting tersebut, ibu berkenaan sempat menitipkan pesanan agar para ibu di luar sana sentiasa peka dengan pergerakan bayi dalam kandung.
Sumber : Facebook Aliaa Yusof