Sikap tolong-menolong dan menyayangi bukan sahaja terhad kepada manusia, malah ia juga boleh diterapkan terhadap haiwan. Demikianlah sikap ditonjolkan oleh seorang pemuda yang menjadi perhatian gara-gara telah membantu kehidupan seekor anjing serta anak-anaknya.
BACA:Â Sanggup Masuk Parit Nak Selamatkan Anak Anjing, Pemuda Ini Raih Pujian Netizen
Jumpa Bobby & 5 ekor anaknya dalam kawasan semak…mujur ada keluarga angkat sudi jaga
Menerusi posting di Facebook, dia mula berkenalan dengan Bobby ketika berteduh di pejabatnya. Namun jejaka ini memberikan bantuan selepas menemui haiwan berkenaan bersama lima ekor anaknya tinggal di dalam kawasan semak. Gara-gara khuatir, pemuda itu berjaya mendapatkan keluarga angkat yang sudi menjaga binatang tersebut.
Sudi tanggung kos perubatan untuk Bobby dan dua ekor anak betina…berkat bantuan, dah mula kenal
Meskipun dari jalanan hingga dapat tinggal di tempat baru, lelaki berkenaan masih sudi untuk menanggung kos perubatan Bobby dan dua ekor anak betinanya. Malah berkat bantuan tersebut, anjing itu telah mula mengenali dan mesra dengan pemuda itu. Selain itu, haiwan tersebut kelihatan teruja tatkala dia datang memantau tahap kesihatan dan kebersihan.
Akan jaga sehabis baik kos perubatan & makanan Bobby serta anaknya
Dalam pada itu, individu berkenaan menyatakan bahawa akan menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan haiwan tersebut sehabis baik. Bahkan, dia sanggup membiayai segala kos makanan serta perubatan untuk Bobby dan anak-anaknya.
Sumber: Facebook Arm Si AwanÂ