Percutian keluarga khususnya ke lokasi luar negara sepatutnya menjadi kenangan indah yang dicipta bersama. Namun bagi sepasang suami isteri ini, saat indah mereka melancong ke Korea Selatan akhirnya bertukar duka apabila anak yang sedang dikandung ‘pergi’ bertemu Ilahi. Kisah menyedihkan itu dikongsikan sendiri menerusi Facebook seorang wanita iaitu Nurazura Jamaludin yang merupakan ahli keluarga kepada suami isteri berkenaan.
BACA :Â Bukan Air Kosong Je, Rupanya Madu Pun Tak Boleh Diberikan Pada Bayi Baru Lahir
Kos rawatan & bawa pulang hampir RM100,000
Menurut wanita ini, anak saudaranya iaitu Muhammad Usaid dan Natasya telah membuat pemeriksaan kandungan terlebih dahulu sebelum terbang ke negara berkenaan. Namun sudah menjadi ketentuan Allah, bayi mereka keluar lebih awal daripada waktu jangkaan. Dalam pada itu, ibu saudara mereka ini sempat membuat kutipan dana kilat untuk meringankan kos membawa pulang jasad bayi tersebut yang menelan hampir RM100,000.
5 bulan sebelum pergi, isteri disahkan hamil
Memetik laporan daripada Harian Metro pula, Usaid mendedahkan Natasya mula tidak sedap perut selepas menjamu selera di sebuah kedai makan. Apabila melihat keadaannya semakin serius, dia segera dibawa ke pusat perubatan namun kandungan pula tidak dapat diselamatkan selepas 24 jam dilahirkan. Bercakap tentang dakwaan bahawa mereka tidak mengendahkan keadaan bayi, sebenarnya Natasya sudah disahkan mengandung selepas mereka selesai membuat persiapan untuk melancong ke negara tersebut.
Tiada cover untuk pregnancy complication
Walaupun kejadian itu sangat meruntun jiwa, namun mereka berdua pasrah dengan ketentuan ini. Meskipun ada yang mempertikaikan urusan berkaitan insuran perlindungan nyawa, ini jawapan lain yang dijelaskan oleh Nurazura menerusi posting di Facebooknya.
Sumber : Facebook Nurazura Jamaludin dan Harian Metro