Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Hati-Hati Kalau Terima Duit Comot Kena Dakwat, Ada Bahana Yang Perlu Anda Tahu

13th December 2019
in Viral
Hati-Hati Kalau Terima Duit Comot Kena Dakwat, Ada Bahana Yang Perlu Anda Tahu
608
SHARES
3.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi orang berniaga dan banyak berurusan dengan wang ringgit, pastinya anda agak kurang peka dengan keadaan helaian duit yang diterima. Khusus buat yang berniaga di kawasan pasar misalnya, kadangkala duit yang kelihatan tidak elok pun masih diambil kerana ralit melayani pelanggan. Entah berguna ataupun tidak, semuanya disambar sebelum dimasukkan dalam tempat menyimpan wang masing-masing. Namun mulai sekarang, anda semua mungkin harus lebih berwaspada terhadap setiap duit yang diterima.

BACA : Duit RM10 Peninggalan Ayah Hilang, Owner Sebenar Sebak Lepas Dah Jumpa Balik

Kalau terima duit kesan dakwat, jangan terima

Siapa menyangka ‘kebersihan’ sesuatu wang ringgit itu mempunyai perkaitan dengan ketulenan. Baru-baru ini di Twitter, perkara tersebut mula menjadi tular dan seolah-olah membuka mata ramai orang. Menurut perkongsian daripada seorang gadis ini, dia mendedahkan bahawa wang yang mempunyai kesan dakwat sebenarnya ada maksud tersirat lain. Rupanya, ia merupakan wang hasil rompakan mesin ATM.

Hati-Hati Kalau Terima Duit Comot Kena Dakwat, Ada Bahana Yang Perlu Anda Tahu

Harap semua lebih peka terutamanya peniaga kecil

Dedahnya lagi, semburan dakwat ini merupakan sistem baru yang sudah dinaik taraf menerusi mesin ATM di seluruh negara. Apabila jenayah rompakan bank dikenalpasti, sistem berkenaan akan segera menyemburkan dakwat untuk merosakkan helaian kertas bernilai itu. Sekiranya perompak berjaya membawa lari pun, not kertas berkenaan tidak boleh ditukar dan agak sukar digunakan semula.

Hati-Hati Kalau Terima Duit Comot Kena Dakwat, Ada Bahana Yang Perlu Anda Tahu

Buat laporan polis kalau berlaku transaksi begini

Menurut penjelasan yang pernah dikeluarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) sendiri, pihak mereka juga memberi amaran agar masyarakat lebih berhati-hati sekiranya menerima wang dengan kesan dakwat. Selain itu juga, anda boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa jikalau berhadapan atau mempunyai maklumat tentang sebarang transaksi melibatkan wang ‘kotor’ ini.

Hati-Hati Kalau Terima Duit Comot Kena Dakwat, Ada Bahana Yang Perlu Anda Tahu
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter BSN dan Christytwittwit

Tags: bankdakwatduitkotorrompakterima
Next Post
Hati-Hati Kalau Terima Duit Comot Kena Dakwat, Ada Bahana Yang Perlu Anda Tahu

Berhasrat Nak 20 Orang Anak, Ain Edruce Kini Bergelar Isteri Kepada Businessman

Gaya Korea Elegan dengan Dress Labuh Terkini
Baju Melayu Premium untuk Penampilan Elegan Raya

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)