Hari Pertama Dah Merajuk Tepi Bucu, Rupanya Rindu Mak Ayah Sebab Duduk Asrama

Sempena pembukaan sesi persekolahan tahun 2020, terdapat pelbagai ragam ditampilkan oleh si cilik lebih-lebih lagi mereka yang pertama kali melangkah masuk ke institusi ilmu berkenaan. Di sebalik keterujaan beberapa murid untuk berjumpa para guru serta bermain dengan rakan-rakan baru, tak ketinggalan juga ada yang menunjukkan tanda merajuk gara-gara terpaksa berpisah dengan ibu bapa seperti seorang kanak-kanak lelaki ini.

BACA: Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak

Amboi dia…membawa diri ke?

Advertisement

Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter bernama @bungolale ada memuat naik 2 keping gambar yang memaparkan gelagat seorang murid bernama Jasiman yang duduk di kawasan bucu sambil bermain lubang di dinding bangunan sekolah. Ujar guru ini, kanak-kanak lelaki tersebut mungkin kerana terlalu rindukan belaian ibu bapa yang tinggal di kampung halamannya.

Advertisement

Tak pernah berjauhan atau masuk pra sekolah..

Ujar pendidik berkenaan, Jasiman mula merajuk memandangkan ini adalah kali pertama dia tinggal berjauhan daripada ahli keluarganya. Malahan, suasana di sekolah juga adalah pengalaman yang baru buatnya memandangkan tak pernah mendapat pendedahan di peringkat tadika atau pra-sekolah seperti kanak-kanak lain. Oleh sebab itu, dia dan rakan-rakan seperjuangan akan cuba membantu si cilik ini supaya berjaya menempuhi alam persekolahan dengan baik.

Advertisement

Asrama disediakan kerana kesukaran akses ke sekolah..

Dalam pada itu, @bungolale menjelaskan kemudahan asrama dibina bagi memudahkan kanak-kanak yang menetap di kampung terpencil seperti Jasniman untuk menimba ilmu. Dia terpanggil untuk menjawab persoalan netizen tentang rasional kanak-kanak seawal usia 7 tahun perlu berpisah daripada ibu bapanya. Di samping itu, SK Lemoi, Cameron Highlands bukanlah satu-satunya sekolah rendah berasrama di Malaysia. Bahkan warga sekolah di sana juga pernah mendapat liputan pihak media sebelum ini.

Advertisement

Advertisement

Kuatnya kamu…terima kasih cikgu sabar melayan karenah anak-anak

Secara keseluruhannya, posting yang menyayat hati itu telah meraih lebih 2 ribu retweets sejak dimuat naik semalam. Rata-rata netizen yang menyaksikan paparan tersebut memuji kecekalan yang dimiliki oleh Jasniman sekali gus mendoakan dia agar dapat mengharungi cabaran berkenaan. Di samping itu, mereka turut memuji usaha para guru yang sanggup mendidik generasi muda dari kawasan pedalaman.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter bungolale

Advertisement
Advertisement