Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan Anak, Suami Beri Hadiah Rantai Emas RM50K

22nd January 2023
in Cinta & Perhubungan, Inspirasi, Viral
Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan Anak, Suami Beri Hadiah Rantai Emas RM50K
866
SHARES
4.8k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi seorang wanita, antara pengorbanan terbesar selepas bergelar isteri adalah ketika ingin melahirkan zuriat buat suami. Hanya mereka sahaja yang tahu segala keperitan yang terpaksa dialami sendiri sepanjang proses mahu mengeluarkan khalifah kecil itu ke atas muka bumi ini.

BACA: Terlepas Banyak Ibadah Sunat Demi Keluarga, Pengorbanan Isteri Patut Dihargai

30 minit sebelum wife bersalin

Menerusi TikTok, pemilik akaun @syed.fatin.jaeden.haifa berkongsi detik-detik terakhir sebelum isterinya dibawa masuk ke dalam labour room untuk melahirkan zuriat mereka. Dia dilihat sempat menyuapkan pasangannya makan supaya ada tenaga untuk bersalin kelak. Malah, Syed turut mendoakan semoga segala urusan cinta hatinya akan dipermudahkan.

@syed.fatin.jaeden.haifa

detik detik 30minit sebelum wife melahirkan anak di Hospital HTAR Klang yang sangat terbaik , jutaan terima kasih kami ucapkan atas layanan oleh awak semua staff2 dan doctor , 1juta bintang untuk sy rate pada kamu semua 🥰🥰🥰 para suami pastikan anda sentiasa beri sokongan pada wife anda ya

♬ suara asli – Bollylovers – gaming

Pengorbanan seorang isteri memang tidak ternilai

Setelah beberapa minit menanti, akhirnya si isteri selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Haifa. Susulan itu, Syed telah menghadiahkan seutas rantai bersama loket berbentuk love yang bernilai RM50,000 bagi menghargai pengorbanan pasangannya selama ini. Bukan sahaja isteri, malah cahaya mata kedua mereka turut dihadiahkan beberapa perhiasan lain yang lebih kecil saiznya.

@syed.fatin.jaeden.haifa

tiada tandingan harga pon kalo nak dibandingkan wife punya nilai pengorbanan jika dibandingkan dengan harga sesuatu barang , namun ni jer yang mampu , in sha Allah akan datang kita up lagi

♬ Bilal(比) – Bilal-Music&Kaysar-上海

Kalau dapat macam ni, tiap-tiap tahun nak beranak pun tak apa

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen tumpang gembira apabila pengorbanan wanita tersebut dihargai oleh suaminya. Selain itu, ada yang berseloroh kononnya sanggup bersalin setiap tahun andai pasangan mampu menghadiahkan perhiasan sebegini.

Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan Anak, Suami Beri Hadiah Rantai Emas RM50K

 

Layanan A-class yang diberikan lelaki tersebut kepada isterinya tak ubah seperti seperti permaisuri. Sehingga membuatkan ramai yang melihat malah cukup rasa terharu.

 

 

Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan Anak, Suami Beri Hadiah Rantai Emas RM50K

Di samping tinggalkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut atas kehadiran orang baru, ramai yang bersetuju wanita itu cukup bertuah. Mana taknya, tak semua dapat merasai nikmat serta peluang sedemikian.

Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan Anak, Suami Beri Hadiah Rantai Emas RM50K

Kredit: TikTok syed.fatin.jaeden.haifa

Tags: anakbarang perhiasanisteripermaisurisuami
Next Post
Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan Anak, Suami Beri Hadiah Rantai Emas RM50K

"Tak Best Pun Curi Laki Orang"- Zarina Dedah Hakikat Sebenar Hidup Bermadu

Pembersih Tanpa Wayar & Mop Pad – Ringkas & Berkesan!
Baju Melayu Slim Fit Premium untuk Raya

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)