Berkahwin adalah merupakan moment yang sering dinanti-nantikan dalam hidup seseorang itu. Lebih-lebih lagi apabila dapat mengahwini dengan pilihan hati atas rasa cinta dan tanpa sebarang paksaan. Namun siapa sangka, trend berkahwin dengan objek kini semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Terbaru adalah berita yang dilaporkan portal The Sun mengenai seorang ibu tunggal bernama Bekki yang rela mengahwini karpet kesayangan miliknya.Â
BACA:Â Walau Single Selama 37 Tahun, Lelaki Ini Tetap Mengaku Berkahwin Is Better
Sering ungkapkan rasa sayang, rakan cadang kahwin terus
Karpet yang berwarna biru itu dinamakan sebagai ‘Mat‘ dan telah dibeli sejak setahun lalu oleh Bekki. Difahamkan, wanita itu sering berkongsi kepada rakannya bahawa dia begitu menyayangi Mat hinggalah salah seorang daripada mereka berseloroh supaya dia mengahwini objek tersebut. Dalam upacara tersebut, Bekki mengenakan gaun pengantin tradisional sambil disaksikan oleh keluarga dan rakan-rakan. Majlis penuh bermakna pada 6 Disember yang lepas itu diadakan di sebuah kedai karpet berhampiran rumah Bekki di Stockport, Greater Manchester.Â
Habiskan banyak masa untuk bersihkan Mat
Bekki sanggup meluangkan masa yang lama bagi memastikan Mat sentiasa dalam keadaan bersih dan baik. Wanita itu juga menambah bahawa tidak dapat meneruskan hidup tanpa Mat di sisinya. Bekki turut menyatakan bahawa dia mungkin akan memijak Mat dari semasa ke semasa namun, tidak secara keseluruhan nya.Â
Obses dengan karpet…berkongsi fikiran ketika baringÂ
Selain itu, Bekki juga mengakui bahawa dia sering baring dan berkongsi fikiran dengan Mat semasa anak-anaknya sedang tidur. Mat juga dianggap sebagai sumber keyakinan kepada dirinya memandangkan dia adalah seorang ibu tunggal. Pengantin bahagia ini sedang berbulan madu di rumah mereka yang terletak di Greater Manchester. Bekki turut berasa teruja untuk menyambut Hari Krismas yang bakal tiba bersama ‘suaminya’ itu.Â
Sumber: The Star