Viral

Hamil Kali Kedua Lepas Gugur Tahun Lalu, Suami Isteri Buat Surprise Pada Family

Hamil Kali Kedua Lepas Gugur Tahun Lalu, Suami Isteri Buat Surprise Pada Family

Sharing is caring!

Masalah keguguran sering kali menghantui ramai ibu mengandung. Kadangkala, kehilangan bayi dalam kandungan boleh terjadi dengan cara yang tidak disangka-sangka. Malah ada juga yang terpaksa akur sebaik mengetahui lebih awal tentang masalah kandungan mereka. Meskipun pahit ditelan, namun itu bukanlah pengakhiran segala-galanya seperti kisah suami isteri yang dikenali sebagai Naddy dan Epul ini.

BACA :Β Berbulan Kahwin Tapi Belum Merasa Rezeki Hamil, Wanita Ini Risau Perasaan Suami

Mungkin tak ada rezeki kali ni

Susulan bayi pertama mereka yang tak dapat diselamatkan akibat keguguran tahun lalu, kejadian itu sememangnya membuatkan mereka bersedih. Namun berbeza dengan suami isteri lain, mereka menerima takdir dengan hati yang terbuka. Bahkan sepanjang tempoh berpantang, salah sebuah video Epul berusaha menghiburkan isterinya juga pernah menjadi tular sebelum ini.

Hamil Kali Kedua Lepas Gugur Tahun Lalu, Suami Isteri Buat Surprise Pada Family

Terkejut dan gembira lepas nampak gambar ultrasound baby

Kini hampir sebulan memasuki tahun baru, mereka merasai nikmat gembira selepas Naddy disahkan hamil kali kedua. Menjengah ke posting terbaru suami isteri ini, mereka sempat membuat kejutan khas demi mendedahkan berita baik tersebut kepada ahli keluarga yang menetap di Singapura.Β 

Dah lama tunggu saat ni

Ternyata semua sangat teruja selepas melihat gambar ultrasound bayi yang ditunjukkan menerusi satu panggilan video. Dalam masa yang sama, wanita ini meluahkan rasa terharu menantikan hari bahagia itu sekali gus memenuhi impiannya untuk memiliki cahaya mata sendiri. Dia juga berharap agar pengalaman kehamilan kali ini akan menjadi baik-baik sahaja.

Hamil Kali Kedua Lepas Gugur Tahun Lalu, Suami Isteri Buat Surprise Pada Family

Sumber : Instagram Nadhirah Zamani dan Epul

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Hamil Kali Kedua Lepas Gugur Tahun Lalu, Suami Isteri Buat Surprise Pada Family

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram