Ulangtahun kelahiran biasanya disambut bersama dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat. Namun bagi pelajar dari Mesir ini, dia terpaksa menyambut hari lahir sendirian di pusat kuarantin. Tapi siapa sangka, rupa-rupanya ada suprise khas yang disediakan petugas frontliner buat dirinya.
BACA:Â Lengang Semua Penghuni Dah Discaj, Frontliner Rindu Dengar Alunan Ayat Suci
Pelajar Mesir kena surprise depan bilik kuarantin
Melalui perkongsian Fecbook page Medic Mesir, jelas terpampar wajah ceria pelajar bernama Zulfadhli Malek apabila para petugas barisan hadapan datang membuat kejutan hari lahir di hadapan bilik hotelnya. Zulfadhli merupakan antara pelajar yang dibawa pulang khas dari Mesir sebelum dikehendaki menginap di sebuah pusat kuarantin.
Petugas datang konon nak kena tahan dengan polis..
Bukan itu sahaja, rupa-rupanya pelajar ini telah dikejutkan dengan satu prank dari frontliner sebelum dihadiahkan dengan kek hari lahir. Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, Zulfadhli telah didatangi oleh frontliner kononnya dia bakal ditahan polis kerana disyaki merayau sekitar hotel. Tanpa disangka-sangka, mereka terus mengeluarkan sepotong kek beserta nyanyian hari lahir buat pemuda ini.
Terkeluar sikit air mata jantan aku tengok video diorang. aku yang touching. Frontliners malaysia memang terbaikkk https://t.co/IKfpxxGt3Z pic.twitter.com/cXdfYSbDVX
— Fizzy Park (@Fizz099_) May 1, 2020
Mesti sayu je sambut birthday seorang..
Posting video tersebut telah meraih lebih 3 ribu retweets setakat ia dimuat naik semalam. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu serta berterima kasih buat petugas yang berusaha menceriakan para pelajar. Malah tidak kurang juga, ada yang sempat cemburu dengan penghargaan yang diterima pemuda tersebut.
Sumber: Facebook Medic Mesir & Twitter @Fizz099_