Bukan sahaja syarikat-syarikat besar, malahan perusahaan kecil berdepan detik getir apabila pihak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan COVID-19 semalam. Tidak ketinggalan, bakal mempelai yang sudah merancang majlis perkahwinan mereka sejak sekian lama juga menjadi gusar memikirkan hal berkenaan. Mana tidaknya, ada yang terpaksa menanggung kerugian apabila kenduri kahwin terbatal begitu sahaja.
BACA :Â Petugas Dimaki Oleh Orang Awam, Tapi Bila Tanya Travel Mana Semua Tak Mengaku
Tetamu tak perlu turun daripada kereta
Namun baru-baru ini, sebuah perkongsian mengenai wedding drive-thru mungkin boleh menjadi idea penyelamat buat anda. Perkongsian menarik berkenaan sudah menjadi viral Di Facebook sejak dikongsikan semalam sehingga meraih ribuan tanda suka daripada netizen. Jika diperhatikan, mempelai sama cantik dan sama padan tersebut masih mampu mengukir senyuman manis apabila menerima kehadiran tetamu yang tidak keluar daripada kereta.
Sangat mematuhi langkah berjaga-jaga COVID-19
Sesuai dengan tema ‘pandu lalu’, tetamu yang hadir tidak perlu turun apalagi hendak pergi bersalaman sendiri dengan mempelai. Mereka terus kekal berada di dalam kereta dan cuma meletakkan tangan ke bahu sebagai tanda sapaan mesra kepada pengantin yang indah dengan persalinan songket tersebut.
Tak perlu ‘salam keruk’…Terus masuk dalam kotak sumbangan
Tiada meja makan mahupun upacara bersilat di hadapan pelamin, pengantin sendiri menyerahkan makanan yang sudah siap dibungkus kepada tetamu. Selain itu, adat ‘salam keruk’ turut digantikan dengan perletakan sebuah kotak sumbangan yang boleh dimasukkan wang saat tetamu hendak berlalu pergi dengan kenderaan mereka.
Ini kami cuma buat lakonan untuk ketengahkan majlis perkahwinan yang sesuai dengan isu hangat sekarang. Elakkan berjabat tangan – Jurugambar
Sumber : Facebook Zenuz Production & Dinas Bridal