Meskipun lumrah seorang perempuan begitu menyukai kecantikan, namun tidak semuanya cenderung untuk tampil dengan imej feminin. Bagi sesetengah perempuan, mereka tidak suka memakai gaun labuh apalagi hendak mengenakan solekan di wajah. Mungkin itulah gambaran yang sesuai diberikan kepada Cik B yang juga anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida. Namun baru-baru ini, namanya menjadi hangat selepas banyak menghiasi muka depan majalah.
BACA :Â [FOTO] Hiasi Muka Depan Majalah Popular, Rupa Anggun Cik B Buat Ramai Terkesima
Cik B dah cantik wey…Dia improve banyak
Bahkan gambar yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu telah menjadi perhatian netizen. Menghiasi muka depan majalah Nona, imej Cik B yang berubah sepenuhnya seakan-akan mendedahkan satu sisi lain dirinya. Meskipun sebelum ini sering tampil dengan imej yang agak boyish, kali ini remaja berusia 15 tahun itu dilihat berhias dengan cantik sekali.
Sekali lagi menarik perhatian netizen
Kata Datuk Vida sendiri, anaknya itu adalah seorang yang kurang berkeyakinan sebelum ini. Dengan transformasi tersebut, dia selaku ibu juga turut bersenang hati dengan imej berkenaan. Tidak cukup dengan gambar di cover majalah, foto terbaru yang dikongsikan oleh Cik B sekali lagi mendapat perhatian pengikutnya. Jika sebelum ini dia mengenakan tatarias berambut panjang bersama gaun elegan, kali ini dia memakai jaket serta topi yang ala-ala fashionista.
Hari-hari makeup macam ni…Comel
Menjengah ke ruangan komen, netizen terus memberikan pujian terhadap imej-mej baru yang ditonjolkan oleh Cik B. Ada juga yang sempat berseloroh agar dia mengekalkan imej seperti itu memandangkan ia sangat cantik.
Sumber : Instagram Cik B dan Datuk Seri Vida