Kemahiran menjahit pada masa kini mungkin agak jarang dikuasai oleh golongan muda zaman kini. Mana tidaknya, kewujudan butik serta kedai menjahit yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan begitu memudahkan urusan menjahit memandangkan pelanggan hanya perlu menghantar kain mereka menerusi khidmat tempahan sahaja. Namun begitu, masih ada anak-anak muda yang teruja mempelajari kemahiran berkenaan sehingga mampu menghasilkan pakaian sendiri mengikut citarasa masing-masing.
BACA :Â Plan Last Minute, Tak Sangka Berjaya Buat Pelamin Cantik DIY Guna Belon Saja
Hari ini aku belajar menjahit
Terbaru, seorang gadis dari Indonesia telah menjadi viral di Twitter selepas dia berkongsikan pengalaman kali pertama mempelajari teknik menjahit. Mula dikongsikan sejak beberapa hari lalu, posting milik avasapi sudah pun meraih ribuan retweet daripada netizen yang begitu tertarik dengan hasil pakaian yang berjaya direkanya sendiri.
Menuntut ilmu menjahit daripada ibu
Bermula dengan sehelai kain pelikat berwarna kuning kehitaman itu, dia menguasai kemahiran menjahit dengan baik sehingga mampu menghasilkan dress berparas lutut yang boleh tahan cantiknya. Daripada sebuah persalinan tradisional yang sering dipakai oleh golongan bapa sewaktu bersantai di rumah, siapa sangka gadis ini ‘menaik taraf’ busana tersebut menerusi tunjuk ajar daripada ibunya sendiri menggunakan mesin jahit elektronik.
Kain pelikatnya ayah cari tak? Tapi ni sangat cantik
Menjengah kepada ruangan komen pula, rata-rata netizen sangat menyukai design fresh berkenaan. Apalagi selepas sudah diperagakan oleh Avi sendiri, bentuk potongan dan jahitannya juga terlihat kemas. Tidak ketinggalan, ada pula yang berseloroh tentang kehilangan kain pelikat milik ayahnya di rumah gara-gara aktiviti itu.
Sumber : Twitter Avi Sapi