Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Fitri Haris Bergelar Doktor Falsafah, Tempuhi 4 tahun Berliku

12th December 2019
in Artis, Hiburan, Inspirasi
Fitri Haris Bergelar Doktor Falsafah, Tempuhi 4 tahun Berliku
597
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Memang tidak dinafikan, dunia pekerjaan sememangnya penuh likunya. Namun begitu, meyambung pengajian juga ada dugaan dan cabarannya tersendiri, lebih-lebih lagi di peringkat pascasiswazah kerana perlu melengkapkan tesis serta menempuhi sesi VIVA untuk bergraduasi. Berbekalkan semangat dan doa daripada ibu bapa, setiap penuntut boleh menghabiskan pengajian dengan cemerlang seperti mana penyanyi Fitri Haris yang berjaya meraih PhD baru-baru ini. 

BACA: Naikkan Mood Suami Ambil Master, Lihat Deko Mewah Study Room Oleh Doktor Ini

Fitri Haris Bergelar Doktor Falsafah, Tempuhi 4 tahun Berliku

Ambil PhD dalam bidang Musicology sejak tahun 2015

Menerusi portal Harian Metro sebelum ini, Fitri menyatakan dirinya mencuba sehabis baik untuk menghabiskan pengajian PhD dan dalam masa yang sama turut bekerja secara sepenuh masa sebagai seorang pensyarah di UUM (Universiti Utara Malaysia). Membuat kajian mengenai muzik bergenre nasyid, Fitri berniat untuk membentangkan hasil kajiannya kepada penggiat muzik yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Fitri Haris ™️ (@fitriharisofficial)

Fitri Haris Bergelar Doktor Falsafah, Tempuhi 4 tahun Berliku

4 tahun yang penuh berliku…terima kasih kepada yang membantu 

Mengambil masa 4 tahun untuk menghabiskan pengajian di University Of Nottingham, United Kingdom, ternyata merupakan satu jangka masa tempoh yang lama. Bekas anggota UNIC itu telah berjaya menempuhi perjalanan yang penuh onak duri dan kini berjaya menggenggam segulung PhD. Untuk itu, Fitri turut mendedikasikan penghargaan buat insan yang telah banyak membantu sepanjang pengajiannya. 

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Fitri Haris ™️ (@fitriharisofficial)

Tahniah Dr. Fitri Haris…semoga terus sukses dunia & akhirat

Gambar graduasi di laman Instagram milik Fitri Haris dihujani pelbagai respon dan ucapan tahniah daripada para netizen atas kejayaan tersebut. Sebelum ini, Fitri Haris juga pernah dinobatkan sebagai Juara Gema Gegarvaganza Musim kedua (GGV2) sekitar tahun 2018 dan merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000. 

Fitri Haris Bergelar Doktor Falsafah, Tempuhi 4 tahun Berliku Fitri Haris Bergelar Doktor Falsafah, Tempuhi 4 tahun Berliku

Sumber: Instagram Fitri Haris & Harian Metro

Tags: Fitri HarisNasyidPhDstudy
Next Post
Fitri Haris Bergelar Doktor Falsafah, Tempuhi 4 tahun Berliku

Beria Ajak Kahwin Rupanya Ada Perempuan Lain, Siap Confuse Nak Pilih Mana Satu

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)