Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Enggan Susahkan Orang Lain, Kandang Lembu Jadi ‘Syurga’ Buat 5 Beranak Daif

25th June 2020
in Viral
Enggan Susahkan Orang Lain, Kandang Lembu Jadi ‘Syurga’ Buat 5 Beranak Daif
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Setiap hari, ada sahaja laporan berkaitan isu keluarga daif. Ada yang terpaksa menanggung hutang sampai tak terbayar, ada juga yang hanya mengharapkan bantuan yang cukup-cukup makan sahaja. Tetapi lain pula dengan keluarga ini, di mana mereka sanggup tinggal di lokasi yang tak terjangkau dek akal gara-gara enggan susahkan keluarga sendiri.

BACA : 20 Tahun Hidup Di Tapak Pembuangan Sampah, Ebit Lew Sebak Kisah Warga Emas Daif

Ruang sempit & terpaksa tunduk setiap kali melangkah masuk..

Memetik laporan daripada portal Harian Metro, keluarga yang berasal dari Kampung Kuala Besar, Kota Bharu itu terpaksa berbuat demikian setelah rumah mereka hangus sekitar lapan tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila kandang yang didiami lima beranak itu terlalu daif dan sempit sehinggakan terpaksa menundukkan kepala setiap kali ingin melangkah masuk. Bahkan, lantai kayu yang dahulunya tempat pembuangan najis lembu kini dijadikan alas tidur mereka sekeluarga.

Enggan Susahkan Orang Lain, Kandang Lembu Jadi ‘Syurga’ Buat 5 Beranak Daif

Ruang di rumah baru agak terhad membuatkan 5 beranak berpindah ke kandang lembu

Difahamkan, dahulunya Nasarudin Mat Ali dan isteri menetap bersama ibu bapa sebelum diuji dengan tragedi malang sekitar tahun 2012. Berikutan insiden tersebut, beberapa individu tampil membantu meringankan beban mereka dengan membina sebuah rumah yang selesa. Namun disebabkan ruangnya yang terhad, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk menjadikan kandang lembu milik Allahyarham ayahnya sebagai tempat berteduh.

Enggan Susahkan Orang Lain, Kandang Lembu Jadi ‘Syurga’ Buat 5 Beranak Daif

Enggan Susahkan Orang Lain, Kandang Lembu Jadi ‘Syurga’ Buat 5 Beranak Daif

Enggan Susahkan Orang Lain, Kandang Lembu Jadi ‘Syurga’ Buat 5 Beranak Daif
Kredit Foto : Harian Metro

Bekalan elektrik juga disambungkan atas ihsan ibu..

Walaupun begitu, pondok usang berkenaan tiada dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap seperti bilik mandi dan tandas. Berikutan itu, kesemua mereka terpaksa tumpang melepaskan hajat di rumah ibunya yang terletak kira-kira 40 meter dari kandang berkenaan.

Enggan Susahkan Orang Lain, Kandang Lembu Jadi ‘Syurga’ Buat 5 Beranak Daif  Enggan Susahkan Orang Lain, Kandang Lembu Jadi ‘Syurga’ Buat 5 Beranak DaifSumber : Harian Metro

Tags: kandangkeluargalemburumahteduh
Next Post
Enggan Susahkan Orang Lain, Kandang Lembu Jadi ‘Syurga’ Buat 5 Beranak Daif

9 Tahun Hijrah Ke Malaysia, Pemuda Lombok Pulang Kahwin Dua Isteri Sekali Gus

Jam Pintar Terbaik untuk Gaya Aktif & Sihat
Kurung Moden Elegan & Selesa untuk Sebarang Acara

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)