Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Drama

Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam

24th September 2020
in Drama
Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Belum pun sampai setahun, drama bersiri ‘Kampung People 2’ kembali semula di kaca televisyen dengan musim kedua. Gabungan genre komedi dan kekeluargaan ini ternyata menambahkan lagi humour dalam drama berkenaan. Selain watak utama yang dibawa oleh Elly Mazlein dan Rashidi Ishak, lakonan Dato’ Mohd Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri ternyata menggamatkan lagi suasana drama berkenaan.

BACA: Cinta Laila Tak Bertepuk Sebelah Tangan, Peminat Sedih Kampung People Berakhir

Ejen Shukri muncul semula, nak selamatkan keluarga Razif daripada geng Cengkih Manis

Menerusi episod ditayangkan semalam, siapa menyangka Ejen Shukri yang pernah menyelamatkan keluarga itu daripada kumpulan ‘Cengkih Manis’ telah muncul semula. Kali ini, dia kembali dengan tujuan yang sama selepas menyedari geng berkenaan sedang ‘memburu’ Razif dan keluarganya. Demi menyelamatkan keadaan, lelaki tersebut memberikan nama samaran baru kepada mereka berempat.

View this post on Instagram

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Ketawakan nama orang lain, sekali bengang dengar gelaran sendiri

Lucunya, gelaran yang diberikan oleh Ejen Shukri kesemuanya bertemakan jenis kuih-muih iaitu Donut (Yummy), Koci (Razif) dan Lempeng (Lailer). Mona yang dilihat ketawa mengekek itu terus terdiam selepas mendengar namanya iaitu Badak Berendam. Kononnya bengang dengan perkara tersebut, terus sahaja dia minta nama panggilannya ditukarkan kepada Meringue.

View this post on Instagram

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

‘Keras’ perut tengok perangai keluarga ini

Drama yang tidak pernah mengecewakan ini ternyata telah berjaya mendapat pelbagai reaksi daripada para penonton. Bahkan mereka turut terhibur melihat gelagat Mona tatkala mendengar nama Badak Berendam yang diberikan kepadanya.

Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam

Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam

Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam

 

Sumber: Instagram iamellymazlein, YouTube Drama Sangat Official

Tags: ejen shukrikeluargamonanamaRazif

Related Posts

Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam
Artis

Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala

6th April 2023
Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam
Artis

“Baby Shark Do Doo” – Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak

31st March 2023
Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam
Artis

“Selalu Dapat Karakter Jahat” – Idzham Lega Watak ‘Ikram’ Tarik Perhatian Orang

30th March 2023
Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam
Artis

Terus Melatah Bila Diusik, Datuk Fizz Terdiam Kena Cepuk Dengan Noorkhiriah

10th February 2023
Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam
Drama

Tak Yakin Sebab Muka Berjerawat, Drama ‘Bidadari Salju’ Dedah Realiti Sebenar

16th December 2020
Next Post
Ejen Shukri Kembali Semula, Tak Pasal Nama Mona Kena Tukar Jadi Badak Berendam

Sanggup Tepuk Kepala Sebab Nak Jatuhkan Duit Syiling, Reaksi Isteri Lucu Habis

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)