Penyanyi Mas Idayu sememangnya terkenal dengan kelantangan suaranya setiap kali memberi komen selaku seorang juri dalam rancangan realiti nyanyian. Bagi sesetengah pihak, kritikan pedas sedemikian rupa boleh menjadi pembangkit semangat bagi para peserta untuk terus memperbaiki diri dalam persembahan masing-masing. Namun begitu, siapa menduga apabila rakan artis pula mempunyai persepsi yang sedikit berbeza.
BACA:Â Kecoh Mas Idayu & Ajai Bertekak Lagi, Hael Husaini Pasrah Di Tengah Menari Pula
Bimbang komen pedas mematahkan semangat orang lain, setiap kritikan itu mencerminkan diri sendiri
Memetik portal mStar Online, pelakon senior Edika Yusuf dan Azhar Sulaiman dikatakan telah menegur penyanyi irama dangdut berkenaan di ruangan komen. Menurut Edika, komen-komen panas tidak sepatutnya dilontarkan kerana ia boleh mematahkan semangat dan mengaibkan para perserta. Dalam pada itu, Azhar pula berpendapat bahawa cara teguran sebegitu berkemungkinan ‘memakan diri’ jika tersilap gaya atau percakapannya.
Bagi pendapat tapi tak kenal siapa Mas Idayu yang sebenar, yang dikritik selalu makan dengan mummy
Meskipun diberikan teguran oleh 2 selebriti berkenaan, Mas Idayu mendedahkan bahawa hubungannya dengan para peserta masih baik. Menurut penyanyi bergelar ‘Ratu Gelek’ berkenaan, para peserta yang menerima kritikan pedasnya itu hampir setiap hari akan menghubungi dirinya. Selain itu, mereka juga dikatakan selalu keluar makan dan meluangkan masa bersama-sama.
Sumber: FB mStar Online