Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan

21st October 2019
in Inspirasi
Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan
596
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah bermaksud masa depan seseorang itu akan gelap. Malahan kegagalan itulah sebenarnya menjadi pendorong untuk mengubah kehidupan jauh lebih baik berbanding mereka yang memiliki pendidikan tinggi. Itulah yang dapat digambarkan dengan 3 pemuda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur iaitu Muhamad Badiuzaman, Mohd Faizal Ismail dan Muhamad Qamarul Auji Amran kerana berjaya dalam bidang kemahiran masing-masing.

BACA : [VIDEO] Nyanyi Untuk Majlis Konvo Sendiri, Suara Kembar Ini Buat Ramai Meremang

Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan

Ambil kursus kimpalan lepas lihat abang terima gaji lumayan

Menurut Muhamad Badiuzaman, dia mengambil kursus kimpalan selama 2 tahun di ABM pada tahun 2003 selepas melihat Allahyarham abangnya yang bertugas sebagai jurukimpal menerima gaji lumayan. Tambah anak kelahiran Kemaman ini, gajinya hanya diberi sebanyak RM1,400 pada permulaan. Namun, selepas diberi kepercayaan untuk menjadi jurukimpal di laut syarikat swasta pada 2010, pendapatannya mencecah RM19,000 sebulan.

Saya sekolah pun gagal, abang tanya kamu tak nak duit banyak ke sambil dia tunjuk duit gajinya yang dibayar tunai. Kata-kata abang telah menyedarkan saya dan mengambil keputusan belajar kemahiran.

Kini berkhidmat sebagai jurukimpal pelantar minyak

Sejak 3 tahun lalu, bapa kepada tiga orang anak berusia dua hingga enam tahun itu kini berkhidmat sebagai jurukimpal pelantar minyak sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi. Malah dia pernah merasai pengalaman bertugas di negara China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat dan Dubai.

Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan

Rasa mahu majukan diri, mampu gajikan 80 pekerja

Manakala bagi Muhamad Qamarul Auji, dia kini mampu berbangga kerana berjaya menubuhkan syarikat kimpalan, perpaipan dan fabrikasi di Kemaman serta menggaji lebih daripada 80 orang pekerja yang majoritinya lepasan jurusan kemahiran. Menurutnya, dia rasa mahu memajukan diri sendiri dan mencari jalan dengan melakukan pencarian di Internet sehinggalah terjumpa maklumat mengenai ABM sebelum menyambung pelajaran.

Keputusan SPM saya memang tak layak masuk universiti. Biasalah, ada juga rakan yang mengejek kerana keputusan SPM teruk tapi saya tak marah pun sebab saya sendiri yang tak nak belajar.

8 tahun ‘makan gaji’ sebelum buka syarikat sendiri

Jelasnya lagi, dia bekerja ‘makan gaji’ selama 8 tahun sebagai jururegah dengan pendapatan RM1,200 sebulan sebelum mengambil keputusan untuk membuka syarikat sendiri pada tahun 2014. Hal ini selepas dia berjaya mengumpul modal secukupnya.

Bidang kemahiran banyak buka peluang baru

Bagi Mohd Faizal juga bekerja di Arab Saudi dan pernah memperoleh pendapatan lebih RM20,000 sebulan memberitahu bahawa bidang kemahiran banyak membuka peluang baru kepadanya selepas gagal mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Malahan hasil pendapatan tersebut kini dia mampu menghantar ibunya menunaikan ibadah haji dan umrah serta membeli aset dengan tunai.

Saya tak sangka, kursus Sijil Kimpalan di ABM telah mengubah hidup saya dan anak-anak muda yang tak peroleh keputusan baik dalam pendidikan perlu mengambil peluang untuk ceburkan diri dalam bidang kemahiran.

Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan

Sumber : Sinar Harian

Tags: 000gagalgajijurukimpalpelatihRM20SPM

Related Posts

Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan
Berita Semasa

Teruja Naik Kereta Api, Anak-Anak Istimewa Diraikan Hari Pertama Persekolahan

21st March 2023
Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan
Cinta & Perhubungan

Bernikah Bersaksikan Kaabah, Netizen Luah Rasa Kagum dan Teruja

20th March 2023
Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan
Berita Semasa

Hampir Dibawa Arus, Usaha Lelaki Ini Hantar Makanan Ke PPS Undang Sebak

2nd March 2023
Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan
Inspirasi

Ditinggal Pada Usia 30 Hari, Adik Beradik Madammu Akhirnya Bertemu Dengan Bapa

3rd February 2023
Next Post
Dulu Pernah Gagal SPM, 3 Pelatih Kemahiran Dedah Kini Gaji Cecah RM20k Sebulan

[VIDEO] Kembali Popular Lepas Sertai GV, Naqiu Dedah Respon Lucu Dari Anaknya

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)