Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab

12th March 2020
in Viral
“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Berdepan dengan situasi mencemaskan Covid-19 yang sudah diumumkan sebagai pandemik oleh World Health Organization (WHO) hari ini, ternyata kita hanya mampu berdoa agar semua kembali pulih seperti biasa. Meskipun ada khabar angin mengatakan pihak negara China telah menemui vaksin untuk memerangi wabak tersebut, orang awam masih dinasihatkan untuk berwaspada memandangkan koronavirus kini mampu berjangkit merentasi sempadan dunia.

BACA : 10,000 Tabligh Sertai Himpunan Mega, KKM Seru Yang Terlibat Buat Test Covid-19

Allah turunkan virus bersebab

Namun sebagai umat Islam, kita seharusnya berpegang dengan fahaman bahawa setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Menjengah ke Instagram penyanyi kumpulan UNIC iaitu Fakhrul Radhi, nampaknya dia sempat berkongsikan bait ayat yang cukup menusuk jiwa. Ternyata, dia menyentuh mengenai hal-hal tersirat yang cuba ditunjukkan apabila Allah menurunkan ujian virus tersebut kepada kita semua.

“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab
Gambar sekadar hiasan

Tak boleh salam dituduh kolot, kini semua takut

Perkara yang dahulunya sering dipandang remeh kini menjadi hal menakutkan buat masyarakat dunia. Salah satunya adalah kewujudan sebuah negara yang sering merasa bangga dengan pencapaian ekonomi mereka, namun kini terus tersungkur kerana semuanya sudah berubah secara drastik. Bagi pihak yang pernah mempertikaikan batas persentuhan lelaki dan perempuan pula, pastinya terfikir sejenak kerana semua orang amat risau untuk bersentuhan sesama sendiri memikirkan risiko jangkitan.

“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab

“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab
Gambar sekadar hiasan

Allah turunkan benda yang tersirat untuk kita fikir

Selain itu juga, kenyataan berkenaan turut menyentuh mengenai ibadat umrah serta solat Jumaat yang kadangkala dianggap remeh. Namun sekiranya kita bersungguh-sungguh melakukannya sekarang, semua menjadi sukar kerana Tanah Suci sudah ditutup daripada umum manakala gesaan agar orang ramai tidak pergi ke sebarang perjumpaan besar-besaran juga sudah dikeluarkan. Tegas pengacara rancangan ‘Bimillah Ad Dhuha’ ini, semua perkara tersebut harus difikirkan semula sebagai peringatan kecil dari Allah.

“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab

“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab

“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab
Gambar sekadar hiasan

 

“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab

Sumber : Instagram Fakhrul UNIC

Tags: Allahcoronavirusfakhrul unichikmahniqabtersiratvirus
Next Post
“Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai…”-Musibah Virus Ni Bersebab

Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat 'Sporadic' Pertama Covid-19

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)