Sejak sekian lama, keputusan akademik sering dijadikan penanda aras dalam menentukan masa depan seseorang individu. Sekiranya tidak memberangsangkan, mulalah diri menjadi risau mengenangkan masa depan. Namun bagi sesetengah orang, mereka masih bergelut dengan kebuntuan meskipun pernah meraih kecemerlangan dalam pendidikan.
BACA :Â Student MRSM Perlekeh Keputusan SPM Budak Sekolah Biasa, Guru Ini Luah Kesal
Terpaksa tolak tawaran akibat masalah kewangan..
Perkara ini diakui sendiri oleh seorang gadis bernama Sherlley Jees yang dahulu merupakan pelajar straight A’ dalam SPM. Tidak terhenti di situ, gadis berusia 21 tahun ini turut meraih pointer 3.50 semasa melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam sehinggakan sering menjadi sebutan dalam kalangan rakan dan para guru. Malangnya, segala usaha yang selama ini diperjuangkan kini ‘tertanam’ begitu sahaja apabila dia terpaksa melepaskan peluang keemasan gara-gara masalah kewangan yang dialaminya sekeluarga.
Dapat offer sambung belajar dalam bidang perundangan tapi terpaksa tolak sebab ada masalah kewangan walaupun peguam itu cita-cita saya. Kemudian dapat lagi tawaran sambung belajar tapi luar dari kawasan Sabah, sekali lagi saya terpaksa tolak. Sampaikan pernah satu tahap tu terfikir, mungkin universiti ni bukan untuk saya..
Â
Saya mungkin cemerlang dalam akademik tapi tidak pada masa depan
Sherlley bagaimanapun sedar bahawa kecemerlangan akademik bukanlah satu-satunya penentu kejayaan seseorang individu. Sebaliknya, komitmen dan kesungguhan yang tinggi serta kesanggupan untuk bersaing dalam dunia sebenar. Malah kemahiran tambahan lain seperti pengetahuan dalam bidang teknikal sedikit sebanyak dapat ‘melariskan’ mereka dalam pasaran pekerjaan.
Untuk masa hadapan, saya rancang nak ikuti kursus kemahiran. Ini kerana kebanyakan mereka yang berkemahiran sahaja boleh bertahan. Malah sebilangan besar syarikat akan menawarkan peluang pekerjaan.
Jangan pernah untuk berhenti..
Dalam pada itu, gadis kelahiran Sabah ini sempat menitipkan pesanan buat mereka yang turut berada dalam situasi sepertinya untuk tidak takut untuk mengambil cabaran. Selain berharap agar mereka tidak mudah berputus asa.
Jangan pernah takut untuk memilih jalan yang berbeza. Buat mereka yang pernah berada di dalam situasi seperti saya, jangan pernah untuk berhenti dan lakukan yang terbaik.
Sumber : Facebook Sherlley Jees