Baru-baru ini telah heboh berkenaan satu isu kecurian yang melibatkan sepasang suami dan isteri. Lelaki yang berstatus bapa itu dipercayai telah tergamak mencuri sejumlah wang yang besar dengan nilai sebanyak RM 46, 000 daripada seorang pesara kerajaan.
BACA:Â [VIDEO] Siang Pun Berani Buat, Pencuri Selamba Lompat Pagar ‘Rembat’ 2 Basikal
Nampak macam baik, rupanya menipu
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan mengesahkan bahawa laporan telah dibuat oleh seorang lelaki warga tempatan pada isnin lalu. Pesara yang turut merupakan warga emas berusia 62 tahun itu mendakwa kad ATM miliknya telah ditukar oleh seorang individu tidak dikenali.
Tak syak apa-apa bila ditawarkan bantuan
Memetik laporan, warga emas itu cuba untuk mengeluarkan wang namun tidak berjaya apabila kad yang digunakan olehnya tersangkut dalam sebuah mesin ATM. Dia yang masih berada ditempat kejadian telah dihampiri oleh seorang lelaki sambil menawarkan bantuan kepadanya. Pesara itu kemudian berjaya mendapatkan semula kad tersebut tanpa mengesyaki sebarang perkara pelik yang berlaku kepadanya.
Digunakan secara kerap… Siap ada macam-macam transaksi
Selepas daripada kejadian tersebut, dia sekali lagi mencuba untuk mengeluarkan wang pada hari yang sama laporan dibuat namun tidak berjaya. Rentetan itu, individu tersebut cuba mendapatkan bantuan petugas di kaunter dan dimaklumkan bahawa kad yang diberi bukanlah miliknya. Siasatan yang dilakukan mendapati kad ATM yang ditukar telah digunakan secara aktif dengan 23 rekod transaksi dan salah satunya ialah pembelian sebuah telefon bimbit berjenama iPhone 13 Pro Max bernilai RM 3,700.
Kredit:Â Facebook Prinze Shahrin Seven &Â Berita Harian OnlineÂ