Minyak masak telah menjadi satu keperluan harian manusia. Meskipun boleh didapati dengan harga yang murah, kebanyakan orang gemar menggunakan minyak secara berulang kali. Namun, hakikatnya amalan ini perlu dikikis kerana ia membawa keburukan kepada tahap kesihatan kita.
BACA :Â Dah Bayar Tapi Lupa Isi, Fauzi Nawawi Terharu Staf Pam Minyak Nak Transfer Duit
Penggunaan minyak masak berulang kali berisiko undang masalah kesihatan yang kronik
Menurut perkongsian Dr. Ahmad Samhan, penggunaan minyak masak berulang kali akan mengundang pelbagai masalah kesihatan khususnya melibatkan jantung, Alzheimer ataupun barah. Setiap kali minyak digunakan semula ketika menggoreng, makanan akan menyerap sisa toksik yang dikenali sebagai aldehydes.
Jika minyak telah bertukar warna perang kehitaman bermakna ia perlu dibuang…
Memaksimumkan penggunaan minyak daripada 2 hingga 3 kali merupakan salah satu pesanan beliau. Katanya lagi, elakkan daripada membeli minyak masak yang tidak pasti pengeluarnya. Kurangkan juga tabiat membeli makanan bergoreng di luar rumah kerana bimbang penjual menggunakan minyak sama atas tujuan menjimatkan kos.
Minyak masak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan sebagai biodisel untuk bahan bakar
Selain itu, beliau sendiri turut melarang si isteri menggunakan minyak kitar semula ketika di rumah. Hal ini kerana ia hanya sesuai dijadikan sebagai biodisel untuk bahan bakar dan bukan untuk memasak.
Sumber : Facebook Ahmad Samhan